Wednesday, October 20, 2010

SEBAB BERLAKU PELANGGARAN ETIKA

  • keinginan menjadi penulis dengan cepat
  • penyalahgunaan teknologi
  • penguatkuasaan undang-undang yang longgar
  • tidak faham apa yang dikatakan pelaggaran etika
  • faktor bahasa
  • penggunaan status dan pengaruh

KESAN PELANGGARAN ETIKA DALAM PENULISAN

Etika diwujudkan untuk mewujudkan suasana aman,makmur dan saling menghormati antara satu sama lain.Pelanggaran terhadap etika dalam bidang penulisan akan meninggalkan kesan,antaranya;

  1. merugikan pihak penerbit dan penulis kerana hasil karya mereka telah diplagiat oleh orang lain.
  2. membari kesan buruk terhadap ekonomi negara kerana pendapatan melalui cukai tidak boleh dikutip dari penerbit dan penulis.
  3. maklumat yang disiarkan tidak benar dan tidak tepat.
  4. penggunaan pelbagai cara yang tidak wajar untuk mendapat maklumat ,gambar dan filem serta dokumen.budaya paparazzi di barat yang mendapat berita dengan cara tidak wajar tidak sepatutnya menjadi ikutan.
  5. munculnya berita yang bersifat perkauman,melampau dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk di malaysia.
  6. munculnya karya-karya yang bermutu rendah.
  7. memberi imej buruk kepada negara kerana terlalu banyak berlaku pelanggaran dalam etika penulisan.
  8. apabila seseorang itu melakukan plagiat ,minda dan krewativiti mereka tidak dapat berkembang dengan baik dan cemerlang.

KESIMPULAN

setiap penulis perlu patuh kepada etika semasa menulis bagi mengelakkan berlaku suasana yang tidak aman,kucar kacir dan tidak aman dalam masyarakat diakibatkan hasil tulisan yang tidak beretika.walaupun tidak ada etika yang dikhususkan kepada penulis apabila mereka berkarya dan menulis,namun perlu diakui bahawa ini tidak bermakna penulis dibolehkan untuk menulis secara tidak beretika .selain etika,penulis juga perlu mematuhi pelbagai perkara lain lagi termasuk undang-undang,peraturan,norma dan nilai dalam masyarakat yang akan dibincangkan dalam tulisan lain.

RUJUKAN

  1. Cline,carolyn Garrett & Elizabeth j.Toth.(1993). "Revisioning Women in Public Relations:Practitioner and Feminist Perspectivies" dalam Women in mass communication. Pamela j. creedon.Newbury Park:sage Publications.
  2. croteau,David & william Hoynes.(2000).Media Society.USA:Pine Forge Press.
  3. Gamarnikow,E(eds)(1983).Gender,class and work. England:Gower Publishing House.

ETIKA DALAM PENULISAN

Di Malaysia,setiap orang yang terlibat dalam penulisan sama ada secara bercetak atau secara maya perlu menyedari tentang beberapa perkara yang perlu mereka patuhi.Perkara yang sangat perlu dipatuhi setiap orang apabila menulis adalah:

  1. Etika penulisan
  2. Akta dan undang-undang negara
  3. Kepelbagaian bangsa,agama dan kepercayaan di Malaysia
  4. Beberapa perkara sensitif yang tidak boleh di sentuhdan dibincangkan secara terbuka

pematuhan terhadap perkara-perkara di atas sangat penting terutama di negara Malaysia yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum,berbagai-bagai kepercayaan dan amalan hidup.

Etika dalam penulisan akan wujudkan moral kepada setiap orang yang melibatkan diri dalam dunia menulis,tanpa mengira jenis penulisan yang diceburi.sama ada anda terlibat sebagai seorang penulis karya kreatif yang menghasilkan novel ,puisi atau cerpen,menulis travelog,buku-buku popular,rencana atau penulisan serius ,ataupun menulis secara mayadi blog ,laman web,facebook,twitter dan sebagainya,anda masih lagi terikat dengan etika apabila menulis.Etika yang anda pegang akan menyerlahkan siapa anda berdasarkan hasil tulisan dipaparkan.

Di Malaysia Etika Kewartawanan Malaysia dihuna pakai.Etika ini mementingkan tentang kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapat maklumat yang benar.Tulisan perlu jujur,menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita tersebut dan mengelakkan tulisan berbentuk perkauman,bercorak fitnah dan bias serta melampau dengan susila masyarakat majmuk.Setiap maklumat yang ditulis perlu sahih faktanya,benar dan tidak berunsur hasutan atau fitnah.Maklumat yang tidak betul perlu diperbetulkan semula.

Setiap orang yang terlibat dengan dunia menulis,perlu mengetahui dan mahir tentang undang-undang berkait,perlu memahaminya dan berusaha untuk tidak melanggarnya .Tulisan juga perlu bermoral dengan mengelakkan tulisan berbentuk menghasut,menfitnah,menerima rasuah,melakukan aktiviti plagiat dan sebagainya.Penulis juga perlu mematuhi kod perilaku profesional oleh kesatuan kebangsaan wartawan malaysia walaupun tidak semua penulis itu adalah wartawan.

ETIKA DAN PENGAMAL MEDIA

Dalam sistem demokrasi,peranan media seperti akhbar,buku,radio dan televisyen amat penting bagi menyebarkan maklumat yang tepat dan dipercayai.peranan media merupakan nadi kepada proses demokrasi.media mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat.media akan membangkitkan pelbagai isu terutamanya yang melibatkan isu-isu seperti keganasan,perlakuan seksual,masalah sosial,konflik perkauman dan sebagainya untuk menarik perhatian pembaca.

sekalipun tidak ada etika mutlak tentang penulisan di malaysia,namun etika kewartawanan malaysia boleh digunapakai sebagai panduan kepada golongan penulis.Etika ini mementingkan tentang kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapat maklumat sebenar.penulis atau wartawan berperanan membari sumbangan kepada proses membina negara,menyedari kewajipan untuk memberi sepenuhnya sumbangan dalam memupuk keharmonian antara kaum dan perpaduan nasional.

penulis juga perlu memastikan kejujuran dalam penulisan ,menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita dan mengelakkan tulisan berbentuk perkauman,bercorak fitnah dan bias serta melampau dengan tatasusila masyarakat majmuk dimalaysia plural.

Tuesday, October 19, 2010

AKTA KAWALAN KEMASUKAN BAHAN-BAHAN BERCETAK 1958(Pindaan 1972)

Akta ini melarang sebarang percetakan,penerbitan,jualan,edaran dan pemilikan apa-apa dokumen atau penerbitan yang pada pandangannya mengandungi bahan yang mengancam keselamatan negara,ketenteraman awam mahupun yang menggalakkan keganasan,pemberontakan terhadap undang-undang dan peraturan undang-undang ataupun yang menggalakkan pergaduhan kaum.








  • mereka yang didapati bersalah boleh ditahan selama 6o hari tanpa bicara di mahkamah.
  • selama 60 hari,barulah kes tersebut akan dibentangkan di hadapan satu lembaga khas untuk diputuskan.
  • jika didapati bersalah maka individu atau kumpulan boleh ditahan semula selama 2 tahun.

AKTA HASUTAN 1948(Pindaan 1971)

Akta ini melarang seseorang dari mengucap atau menerbitkan kata-kata yang boleh:

  • menghina ataupun menyebabkan rasa benci atau menggalakkan rasa tidak puas hati terhadap mana-mana raja ataupun terhadap kerajaan Malaysia atau mana-mana kerajaan negeri.
  • mendorong orang daripada cuba meminda dan mengubah undang-undang kecuali menurut proses undang-undang.
  • menyebabkan penghinaan atau rasa benci atau menggalakkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran keadilan
  • menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan Yang di-Pertua Agong atau rakyat mana-mana raja negeri di Malaysia.
  • menggalakkan rasa benci dan permusuhan antara kaum.
  • mempersoalkan apa-apa hak atau keistimewaan yang dilindungi oleh Bahagian Tiga Perlembagaan Persekutuan(kerakyatan)atau Perkara 152(bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan),perkara 153(hak dan keistimewaan orang melayu dan bumiputeta dan hak kaum lain)dan perkara 181(kedaulatan dan keistimewaan raja)

AKTA RAHSIA RASMI 1972(Official Secret Act)(OSA)

Akta ini melarang mana-mana individu atau kumpulan daripada mengutip,mengumpul ,merakam, menerbit atau memberi apa-apa maklumat rahsia yan g rasmi,artikel,dokumen yang bertujuan untuk digunakan ataupun yang mungkin dipergunakan oleh musuh negara.

contoh:kes Kerajaan Malaysia lawan Lim Kit Siang(1978)yang mana mahkamah mendapati Kit Siang bersalah kerana membocorkan rahsia negara.

ORDINAN FITNAH 1957

Ordinan ini melarang semua warganegara Malaysia dari memfitnah satu sama lain.Fitnah ditakrifkan sebagai satu pengucapan ataupun penerbitan yang menyebabkan seseorang itu dibenci,dikeji ataupun dihina,ataupun boleh menyebabkan beliau dipulaukan,ataupun menjatuhkan maruahnya di kalangan ahli masyarakat yang berfikiran waras dan yang membawa ataupun mungkin membawa kesan buruk ke atas pekerjaan atau perniagaannya.

Ini membabitkan semua media massa termasuk bidang penyiaran.

AKTA PENYIARAN 1988

Akta ini diwujudkan apabila kerajaan membenarkan stesen penyiaran swasta iaitu sistem Televisyen Malaysia Berhad(STMB)TV3 diwujudkan.Akta tersebut adalah untuk menentukan apakah kandungan siaran penyiaran swasta yang sepatutnya disiarkan.

Di bawah akta ini,tidak ada sesiapapun yang boleh membuat siaran sebarang bahan tanpa permit dan lesen.

Garis panduan penyiaran

Bahan-bahan siaran yang digalakkan ialah:

  1. menyokong wawasan kerajaan
  2. menghormati sensitiviti rakyat
  3. memaparkan keindahan dan kemajuan negara
  4. mengutamakan objektiviti,kreativiti dan pemaparan fakta
  5. menggambarkan masyarakat berbilang kaum
  • Bahan-bahan siaran yang tidak boleh disiarkan.
  • Menonjolkan ideologi yang bertentangan ideologi negara.
  • Bahan siaran dari negara-negara komunis atau dari mana-mana negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia melainkan dengan kebenaran.
  • Menjejaskan imej Malaysia dan memperkeci-kecilkan negara yang ada hubungan dengannya.
  • mengeksploitasi isu perkauman
  • menyiarkan unsur-unsur bertentangan dengan agama
  • memberi ransangan kepada budaya "counter culture"
  • mengagung-agungkan kejahatan dalam segala bahan penyiaran

KOD TINGKAHLAKU INSTITUT PERHUBUNGAN RAYA MALAYSIA(IPRM)

Matlamat kod ini ialah untuk menggalak dan mengasuh kepiawaian profesional tinggi oleh ahli-ahlinya.

  • Ahli IPRM mesti mengendalikan kegiatan profesionalnya dengan menghormati kepentingan awam.(seorang PRO hendaklah mengutamakan kepentingan awam dari kepentingan diri)
  • perhubungan awam mesti bertindak secara jujur dan adil
  • pengamal PR hendaklah memastikan setiap maklumat yang dikeluarkan adalah benar
  • fasal keempat kod etika itu ialah IPRM tidak boleh mempengaruhi media massa dalam penyebaran berita
  • pengamal PR mesti mempunyai pengetahuan tentang organisasi yang diwakilinya

KOD AMALAN PERIKLANAN MALAYSIA

Amalan periklanan di Malaysia dikawal oleh Lembaga Kepiawaian Periklanan atau Advertising Standard Authority(ASA) yang ditubuhkan pada tahun 1978 untuk menetapkan peraturan tertentu bagi agensi-agensi periklanan.

KOD PERIKLANAN TELEVISYEN DAN RADIO

Ianya diperkenalkan pada tahun 1972 oleh Kementerian Penerangan dan diperkemaskan pada tahun 1990.

  1. iklan haruslah mematuhi undang-undang,sopan,jujur,wajar,benar dan selaras dengan dasar-dasar negara
  2. iklan haruslah membantu memajukan dan membangunkan industri dan perkhidmatan tempatan
  3. iklan haruslah menganjurkan budaya dan identiti Malaysia,mencerminkan penduduk yang berbilang kaum serta menyokong falsafah Rukunegara
  4. iklan haruslah menganjurkan mutu kehidupan yang lebih baik bagi setiap rakyat Malaysia,menanam semangat sivik dan perilaku yang positif
  5. iklan haruslah tidak menganjurkan dan memajukan gaya hidup yang keterlaluan
  6. peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam kod ini haruslah dipatuhi secara tersurat dan tersirat bagi menentukan standard minimum yang perlu diamalkan

jika kita teliti kod-kod etika pada profesi kewartawanan dengan perhubungan awam,jelas menunjukkan bahawa terdapat percanggahan di situ.

Bagi wartawan,adalah menjadi satu kesalahan untuk mereka merima segala bentuk hadiah ketika membuat liputan.Ini dianggap sebagai "sogokan" atau saguhati supaya wartawan memberi publisiti yang meluas dan positif terhadap seseorang individu atau syarikat.

Bagaimanapun,bagi pengamal perhubungan awam,ia dianggap sebagai satu amalan biasa.Jika seorang PRO tidak menyediakan apa-apa cendera hati atau merangka sebarang aktiviti kembara yang membabitkan pihak media seperti penerbangan percuma media oleh MAS,menganjurkan majlis malam mesra media-massa dengan organisasi ,ia dianggap sebagai PRO yang tidak cekap

ETIKA MEDIA

DEFINISI ETIKA










  • Etika ,mengikut definisi asas ialah suatu disiplin bagi menangani apa yang baik dan buruk dan juga antara tanggunjawab moral dan obligasi.(Merriam Webster Dictionary)
  • Perbazaan antara etika dengan perundangan ialah etika adalah sebuah kontrak sosial manakala undang-undang pula adalah kontrak perundangan.
  • Kontrak sosial ialah sebuah kontrak yang mengandungi prinsip-prinsip yang telah dipersetujui untuk di patuhi oleh sesebuah syarikat media ataupun anggota masyarakat.Jika kontrak ini dilanggar maka hukuman yang di berikan ialah seseorang itu mungkin dikeji atau disisihkan dari masyarakat.
  • Manakala kontrak perundangan pula bermakna sebuah kontrak yang mengandungi peraturan undang-undang yang diwartakan oleh kerajaan sesebuah negara untuk dipatuhi oleh kesemua ahli masyarakat.Bezanya dengan kontrak sosial ialah hukuman atau tindakan kepada anggota masyarakat yang melanggari kontrak ini akan di bicarakan di bawah satu sistem perundangan yang tertentu.

ETIKA DAN PERUNDANGAN DALAM INSTITUSI MEDIA

  • Isu-isu yang di bincangkan di atas merupakan kecacatan yang berlaku dalam organisasi media yabg sebenarnya melanggar etika dan perundangan yang mengawasi kegiatan media.
  • Bagaimanapun,perbincangan mengenai soal etika dan perundangan di sini mencakupi bidang dan isu yang lebih luas di dalam dan luar negara.Oleh itu,soal ketidak adilan terhadap wanita dan golongan minoriti hanyalah sebahagian dari faktor mengapa etika dan perundangan diwujudkan dalam professin media.
  • Bagi bidang kewartawanan,perhubungan awam serta periklanan,kita mempunyai kod0kod etika dan amalan serta perundangan tertentu yang berkaitan yang mengawal selia amalan profesion tersebut.
  • Ini bagi memastikan supaya pengamal-pengamal media menjalankan tugas masing-masing secara adil dan saksama kepada audiens tanpa mengira perbezaan bangsa,agama,bahasa, warna kulit serta taraf sosio-ekonomi.

KOD ETIKA KEWARTAWANAN MALAYSIA

Profesion kewartawanan di negara ini dikawal oleh kod etika bagi pengamal profesion ini.Kod etika itu ialah Kod Perilaku Profesional Ahli Kesatuan Wartawan Malaysia (National Union Journalist Malaysia)(NUJM).Ianya digunapakai oleh wartawan akhbar dan penyiaran.

  1. Menghormati kebenaran serta hak publik untuk mengetahui kebenaran merupakan tugas utama wartawan.
  2. Didalam melaksanakan tanggungjawab ini wartawan akan mempertahankan kedua-dua prinsip ini-kebebasan mengumpul dan menerbitkan berita dengan jujur serta hak untuk mengeluarkan ulasan dan kritikan secara adil.
  3. Wartawan akan hanya melaporkan fakta-fakta yang tidak dikatahui asal-usulnya.Wartawan tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat atau memalsukan sebarang dokumen .
  4. Wartawan akan menggunakan kaedah yang adil untuk memperolehi berita,gambar dan dokumen.
  5. Sebarang maklumat yang diterbitkan jika di dapati tidak tepat,maka wartawan harus berusaha untuk memperbetulkannya.
  6. Wartawan akan menghormati rahsia profesional berhubung dengan sumber maklumat
  7. Wartawan akan mengangap perbuatan-perbuatan berikut sebagai kesalahan profesional yang paling besar.
  • Plagiat,mengumpat,fitnah lisan,fitnah bertulis dan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas.
  • Penerimaan sogokan dalam apa bentuk sekalipun sebagai saguhati untuk penerbitan atau menyembunyikan maklumat.

8. Wartawan mengiktiraf hak rakan-rakan sekerja berhubung dengan soal-soalsoal profesionalism dan kewartawanan.Wartawan akan menolak sebarang bentuk campurtangan daripada pihak kerajaan atau pihak-pihak lain.

KOD ETIKA KEWARTAWANAN MALAYSIA(Institusi Akhbar Malaysia)

  • kod etika ini digunapakai oleh wartawan akhbar
  1. Tugas utama wartawan adalah melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapatkan maklumat.
  2. Dalam melaksanakan tugas itu,wartawan menghayati kebebasan mengumpul dan menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat ulasan dan kritikan yang saksama.
  3. Waetawan mestilah menggunakan cara yang wajar untuk mendapat berita,gambar,filem dan dokumen.
  4. Sebarang maklumat tersiar yang didapati tidak benar dan tidak tepat mestilah diperbetulkan.
  5. Wartawan mestilah menghormati kerahsiaan sumber berita.
  6. Wartawan mestilah berbudi peketi ketika menjalankan tugas dan mengelakkan diri daripada plagiarisme,fitnah dan hasutan tuduhan tidak berasas serta rasuah dalam apa bentuk sekalipun.
  • Wartawan hendaklah menghindarkan siaran berita atau rencana yang bersifat perkauman,melampau dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk.

UNDANG-UNDANG BERKAIT DENGAN MEDIA DI MALAYSIA

Perundangan dan etika media massa di Malaysia tertakluk di bawah Perkara 10 Bahagian Dua(Hak Asasi)Perlembagaan Pertubuhan yang menjamin kebebasan bercakap bagi warganegara.

Perkara 10 Tertakluk kepada Fasal (2)(3) dan (4) ialah:

(2)Tiap-tiap warga negara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran.

(3)Semua warga negara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata

(4)Semua warga negara adalah berhak menubuhkan persatuan

AKTA MESIN CETAK 1948(Pindaan 1974)(Pindaan 1984)

Akta ini digubal dan diluluskan pada masa Darurat Pertama negara(1948-1960).Ia memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri mengawal pemilikan mesin cetak dan kegunaan mesin cetak untuk tujuan penerbitan.

Menteri Dalam Negeri mempunyai kuasa untuk memberi atau menolak permohonan untuk mendapatkan lesen pemilikan mesen cetak mahupun lesen penerbitan.

Antara syarat pemberian lesen ialah:

  1. semua modal,saham,aset atau apa-apa kepentingan mengenai mesin cetak atau penerbitan itu hendaklah dimiliki,dipegang dan dikawal oleh warganegara
  2. sesebuah penerbitan (akhbar,majalah dan sebagainya)hendaklah mencetak nama penerbitan atau pencetaknya dalam setiap keluaran penerbitan
  3. pemegang lesen hendaklah memberitahu Kementerian Dalam Negeri mengenai apa-apa perubahan mengenai nama pengarang,pencetak ataupun pemilik syarikat penerbitan.
  4. sebahagian besar daripada bahan yang diterbitkan mestilah berkaitan dengan hal ehwal malaysia.
  5. syarikat penerbitan itu tidak boleh menyiarkan apa-apa bahan yang boleh mengancam ketenteraman awam,keselamatan negara dan akhlak.

seksyen 8A-mencetak segala laporan yang tidak benar atau yang berniat buruk sebagai satu kesalahan.

Di bawah peruntukan baru akta ini,yang mencetak,menerbit secara editor penerbitan tersebut dan wartawan yang menulis laporan itu boleh dikawal dan jika di dapati bersalah,boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun atau didenda tidak lebih RM20,000 atu kedua-dua sekali.

Monday, September 20, 2010

PERANAN MEDIA DALAM MENINGKATKAN PENGHAYATAN BULAN RAMADHAN DAN PERAYAAN

Media memainkan peranan penting dalam kehidupan semasa masyarakat. Media dapat membuatkan masyarakat tersebut percaya,menghormati,mengagumi,memarahi,dan sebagainya. Dalam kata lain, media dapat mempengaruhi fikiran masyarakat.
Media arus perdana iaitu akhbar contohnya dapat memainkan peranan dalam meningkatkan penghayatan bulan ramadhan contohnya, akhbar memaparkan tempat-tempat berbuka puasa yang enak pada bulan ramadhan seperti bazar yang menjual pelbagai jenis makanan. Harian Metro contohnya seringkali memaparkan tempat-tempat berbuka puasa di ruangan akhbarnya. Terdapat juga akhbar yang menyiarkan iklan-iklan perayaan setiap kaum di Malaysia. Jualan murah diadakan setiap kali musim perayaan dan disiarkan dalam akhbar. Hal ini menyebabkan pembaca tertarik untuk mengunjungi tempat jualan murah tersebut. selain itu, adanya gambar-gambar seperti ketupat,mercun,lemang dan sebagainya membuatkan pembaca semakin tidak sabar menunggu ketibaan hari raya.
Radio juga memainkan peranan dalam meningkatkan penghayatan dalam bulan Ramadhan. Radio biasanya akan mengumandangkan azan tanda masuknya waktu berbukapuasa bagi umat islam. Disamping itu juga, sepanjang bulan puasa dan stesen radio juga banyak memutarkan lagu-lagu nasyid dan bacaan al-quran. Penghayatan musim perayaan aidilfitri khususnya makin dirasai apabila radio mula memutarkan lagu-lagu raya terutamanya bila hampir menjelang raya.
Televisyen lebih banyak meningkatkan penghayatan masyarakat pada musim perayaan. Televisyen menyiarkan bermacam-macam iklan,filen pendek,cerita-cerita teladan pada bulan puasa dan hari raya. Cerita-cerita yang disiarkan adalah berkisarkan tentang dugaan dalam menempuh bulan puasa terutamanya bagi golongan kanak-kanak. Cerita-cerita yang disiarkan dapat mempengaruhi pemikiran masyarakat dalam mengenal erti puasa. Selain itu, TV3 juga menyiarkan jejak rasul dan singgah sahur pada setiap kali musim ramadhan. Selain itu, stesen RTM juga memainkan peranan dalam meningkatkan penghayatan puasa seperti bacaan doa berbuka puasa pada setiap kali masukknya waktu berbuka.
Secara keseluruhannya media memainkan peranan dalam setiap perayaan di Malaysia.

Saturday, September 18, 2010

keberkesanan internet menyebarkan maklumat berbanding dengan media tradisional.

ž

Internet


Visualisasi pelbagai laluan melalui suatu bahagian Internet. Daripada 'Projek Opte'
Gambaran grafik maklumat struktur jaringan WWW pada Wikipedia, sebagaimana digambarkan sebagai pautan

Secara amnya, Internet (singkatan perkataan bahasa Inggeris; inter-network) ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking.


Kemunculan Internet

Rencana utama: Sejarah internet

Rangkaian pusat yang membentuk Internet bermula pada tahun 1969 sebagai ARPANET, yang dibangunkan oleh ARPA (United States Department of Defense Advanced Research Projects Agency). Beberapa penyelidikan awal yang disumbang oleh ARPANET termasuk kaedah rangkaian tanpa-pusat (decentralised network), teori queueing, dan kaedah pertukaran paket (packet switching).

Pada 01 Januari 1983, ARPANET menukar protokol rangkaian pusatnya, daripada NCP kepada TCP/IP. Ini merupakan permulaan Internet yang kita kenali hari ini.

Pada sekitar 1990-an, Internet telah berkembang dan merangkaikan kebanyakan daripada rangkaian-rangkaian komputer yang sedia ada.

Internet hari ini

Pelbagai aplikasi internet, seperti pelayar web, FTP dan Telnet

Internet dikuatkuasa oleh perjanjian komersil dwi- atau berbilang pihak dan spesifikasi teknikal (protokol yang menerangkan tentang pemindahan data antara rangkaian). Protokol-protokol ini disediakan berdasarkan perbincangan Pasukan Petugas Kejuruteraan Internet (Internet Engineering Task Force - IETF) yang terbuka kepada umum. Badan ini mengeluarkan dokumen yang dikenali sebagai RFC (Request for Comments). Sebahagian daripada RFC dijadikan piawaian Internet oleh Lembaga Rekabentuk Internet (Internet Architecture Board - IAB). Protokol-protokol Internet yang sering digunakan adalah seperti TCP/IP, UDP, DNS, PPP, SLIP, ICMP, POP3, IMAP, SMTP, HTTP, HTTPS, SSH, Telnet, FTP, LDAP dan SSL.

Beberapa perkhidmatan popular di Internet yang menggunakan protokol di atas, ialah e-mel, Usenet, Newsgroup, perkongsian fail, Jaringan Sejagat (WWW), Gopher, WAIS, finger, IRC, MUD, dan MUSH. Di antara semua ini, e-mel dan Jaringan Sejagat paling kerap digunakan, dan lebih banyak perkhidmatan yang dibina berasaskannya, seperti senarai mel dan blog. Internet memungkinkan adanya perkhidmatan masa-sebenar seperti radio web dan siar web, yang boleh dicapai di seluruh dunia.

Beberapa perkhidmatan Internet popular yang berdasarkan sistem proprietari ialah seperti IRC, ICQ, AIM, CDDB, Torrent dan Gnutella.

Sebuah pembekal maklumat Internet sejagat comScore melaporkan bahawa jumlah pengguna unik Internet mecapai aras 1 bilion pada Disember 2008.[1] Mengikut perangkaan penyelidikannya, Asia-Pasifik mempunyai bilangan pengguna Internet paling ramai dengan 41 peratus, diikuti oleh Eropah (28 peratus), Amerika Utara (18 peratus), Amerika Latin (7 peratus) dan akhir sekali Timur Tengah & Afrika (bersama 5 peratus). China menggungguli senarai mengikut negara dengan 17.8 peratus pelayar Internet sedunia.[2] Mengikut senarai tapak web yang dilawati pula, Google berada di kedudukan teratas dengan 778 juta pelawat unik. Ini diikuti dengan Microsoft, Yahoo, AOL dan Wikipedia dengan projek kembarnya.


INTERNET

  • Merupakan sebuah rangkaian yang terbesar menhubungkan berjuta-juta komputer di seluruh dunia.
  • Ianya merupakan sebuah rangkaian yang luas (WAN).
  • Menggunakan protokol TCP/IP untuk penghantaran data maklumat.
  • Menggunakan talian komunikasi seperti kabel sepaksi,fibetr optik,gelombang mikro dan satelit untuk penghantaran data.
  • Boleh mendapatkan maklumat,mancapai maklumat,berkomunikasi,berniaga,belajar dan membeli belah dalam internet.
  • Menyediakan perkhidmatan komunikasi data seperti pemindahan fail,mel elektronik dan kumpulan berita.
  • Dapat mengekseskan pengguna kepada pengguna yang lain atau mengakses maklumat daripada laman-laman web yang terkandung didalamnya.

WORLD WIDE WEB (WWW)

  • WWW terdiri daripada satu sistem rangkaian yang menjalin
  • kan komputer di seluruh dunia dan menyalurkan maklumat dalam bentuk multimedia seperti bunyi,gambar,animasi,video dan juga teks.
  • Tapak atau tempat tersebut dapat dihubungkan melalui hiperpautan(hyperlink) dan membenarkan pengguna bergerak dari satu dokumen ke dokumen yang lain.
  • Membenarkan pengguna bergerak dengan cepat dari satu dokumen ke dokumen yang lain didalam internet.
  • Merupakan satu sistem yang menyediakan kemudahan untuk mencari dan mencapai sebarang sumber maklumat yang terda[at dalam internet dengan mudah dan pantas

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGGUNAAN INTERNET

KEBAIKAN

  • Mesej terlalu cepat.
  • Menyokong multimedia atau hypermedia.
  • Boleh berkomunikasi secara global.
  • Menggunakan capaian komputer jarak jauh.
  • Interaktif-membolehkan pengguna berhubung dan berkomunikasi lebih dari satu hala.

KEBURUKAN

  • Kurang kepastian maklumat tepat.
  • Banyak perubahan disaat akhir perancangan.
  • Bahan perlu ditapis.
  • Interaksi subversif tidak terkawal.
  • Kebocoran maklumat rahsia/peribadi.
  • Kegiatan jenayah yang boleh mengancam sama ada individu mahupun negara.
  • Penggodaman mudah berlaku.
  • Iklan yang tiada batasan mudah diperolehi seperti iklan-iklan pornografi.

KEPENTINGAN INTERNET

  • Memberi perkhidmatan komunikasi elektronik.
  • Memberikan perkhidmatan aplikasi capaian jauh.
  • Membolehkan pemindahan fail dengan mudah dan cepat.
  • Membolehkan penyebaran maklumat lebih luas dan dinamik.
  • Memberi perkhidmatan aplikasi capaian maklumat.

KESAN POSITIF PENGGUNAAN INTERNET

  • Cepat dan tepat hasil kerja.
  • Meningkatkan kualiti kerja.
  • Memudahkan pembelian rumah.
  • Berinteraksi di dalam dan luar negara tanpa batasan dengan cepat dan murah.
  • Dapat meluaskan pengetahuan dan pengalaman.
  • Memudahkan pencarian maklumat dengan cepat.
  • Pertukaran maklumat antara pengguna seluruh dunia berlaku dengan cepat dan mudah.
  • Pasaran dunia untuk produk dan perkhidmatan (e-commerce).
  • Latihan dan pendidikan jarak jauh dalam talian.
  • Kos-kos perniagaan berkurangan.
  • Meningkatkan kecekapan,produktiviti dan seterusnya keuntungan syarikat.

KEPENTINGAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI (INTERNET) KEPADA PELAJAR

  • Sebagai sumber bahan rujukan.
  • Dapat bertukar-tukar pendapat menerusi Bulletin Board.
  • Pelajar dapat berhubung,bersembang dan berkomunikasi melalui internet.
  • Pelajar dapat berkongsi data dan maklumat.
  • Sumber/bahan tugasan senang diperolehi.
  • Pembelajaran dan maklumat didapati tanpa had geografi.
  • Pembelajaran secara maya menjadi realiti.
  • Jual beli (buku) boleh dilakukan dari rumah (e-commerce).

INTERNET

  • Merupakan sebuah rangkaian yang terbesar menhubungkan berjuta-juta komputer di seluruh dunia.
  • Ianya merupakan sebuah rangkaian yang luas (WAN).
  • Menggunakan protokol TCP/IP untuk penghantaran data maklumat.
  • Menggunakan talian komunikasi seperti kabel sepaksi,fibetr optik,gelombang mikro dan satelit untuk penghantaran data.
  • Boleh mendapatkan maklumat,mancapai maklumat,berkomunikasi,berniaga,belajar dan membeli belah dalam internet.
  • Menyediakan perkhidmatan komunikasi data seperti pemindahan fail,mel elektronik dan kumpulan berita.
  • Dapat mengekseskan pengguna kepada pengguna yang lain atau mengakses maklumat daripada laman-laman web yang terkandung didalamnya.

WORLD WIDE WEB (WWW)

  • WWW terdiri daripada satu sistem rangkaian yang menjalin
  • kan komputer di seluruh dunia dan menyalurkan maklumat dalam bentuk multimedia seperti bunyi,gambar,animasi,video dan juga teks.
  • Tapak atau tempat tersebut dapat dihubungkan melalui hiperpautan(hyperlink) dan membenarkan pengguna bergerak dari satu dokumen ke dokumen yang lain.
  • Membenarkan pengguna bergerak dengan cepat dari satu dokumen ke dokumen yang lain didalam internet.
  • Merupakan satu sistem yang menyediakan kemudahan untuk mencari dan mencapai sebarang sumber maklumat yang terda[at dalam internet dengan mudah dan pantas

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGGUNAAN INTERNET

KEBAIKAN

  • Mesej terlalu cepat.
  • Menyokong multimedia atau hypermedia.
  • Boleh berkomunikasi secara global.
  • Menggunakan capaian komputer jarak jauh.
  • Interaktif-membolehkan pengguna berhubung dan berkomunikasi lebih dari satu hala.

KEBURUKAN

  • Kurang kepastian maklumat tepat.
  • Banyak perubahan disaat akhir perancangan.
  • Bahan perlu ditapis.
  • Interaksi subversif tidak terkawal.
  • Kebocoran maklumat rahsia/peribadi.
  • Kegiatan jenayah yang boleh mengancam sama ada individu mahupun negara.
  • Penggodaman mudah berlaku.
  • Iklan yang tiada batasan mudah diperolehi seperti iklan-iklan pornografi.

KEPENTINGAN INTERNET

  • Memberi perkhidmatan komunikasi elektronik.
  • Memberikan perkhidmatan aplikasi capaian jauh.
  • Membolehkan pemindahan fail dengan mudah dan cepat.
  • Membolehkan penyebaran maklumat lebih luas dan dinamik.
  • Memberi perkhidmatan aplikasi capaian maklumat.

KESAN POSITIF PENGGUNAAN INTERNET

  • Cepat dan tepat hasil kerja.
  • Meningkatkan kualiti kerja.
  • Memudahkan pembelian rumah.
  • Berinteraksi di dalam dan luar negara tanpa batasan dengan cepat dan murah.
  • Dapat meluaskan pengetahuan dan pengalaman.
  • Memudahkan pencarian maklumat dengan cepat.
  • Pertukaran maklumat antara pengguna seluruh dunia berlaku dengan cepat dan mudah.
  • Pasaran dunia untuk produk dan perkhidmatan (e-commerce).
  • Latihan dan pendidikan jarak jauh dalam talian.
  • Kos-kos perniagaan berkurangan.
  • Meningkatkan kecekapan,produktiviti dan seterusnya keuntungan syarikat.

KEPENTINGAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI (INTERNET) KEPADA PELAJAR

  • Sebagai sumber bahan rujukan.
  • Dapat bertukar-tukar pendapat menerusi Bulletin Board.
  • Pelajar dapat berhubung,bersembang dan berkomunikasi melalui internet.
  • Pelajar dapat berkongsi data dan maklumat.
  • Sumber/bahan tugasan senang diperolehi.
  • Pembelajaran dan maklumat didapati tanpa had geografi.
  • Pembelajaran secara maya menjadi realiti.
  • Jual beli (buku) boleh dilakukan dari rumah (e-commerce).

žA) Menyampaikan Maklumat Tanpa Diskriminasi

ž i Maklumat di Internet tidak melihat warna kulit,etnik atau rupa paras.Internet juga tidak dimiliki oleh mana-mana negara atau organisasi .Ia dimiliki secara universal.

žB) Mengurangkan Kos Untuk Mendapat Maklumat Berkualiti
ž Internet merupakan rangkaian yang sangat dinamik

kerana maklumnya boleh diubah dari masa ke semasa dengan mudah dan cepat tanpa memerlukan kos yang besar.

žC)Alat Komunikasi Dan Capaian Maklumat Aktiviti Interaktif

Internet adalah rangkaian yang beroperasi serta

žmerta dan setiap masa.Oleh itu membolehkan pengguna menjalankan aktiviti interaktif bila-bila diperlukan.

žd) Alat Komunikasi Dan Capaian Maklumat Yang Tidak Terbatas

Internet adalah rangkaian global yang tidak

žmengenal sempadan.Ia mempunyai saiz bilangan komputer dan pengguna yang sangat besar.Ini membolehkan berlakunya perkongsian maklumat yang cukup luas.Dengan ini akan membantu mewujudkan masyarakat yang celik maklumat dan berpengetahuan tinggi.

žKomputer yang dulunya hanya mampu dimiliki dan digunakan oleh researcher, badan badan kerajaan dan swasta di Amerika Syarikat, kini telah menjadi kemestian untuk memilikinya di rumah rumah oleh orang awam di setiap pelusuk dunia dalam bentuk yang dikenali sebagai PC (personal komputer). Perkembangan komputer yang disusuli dengan perkembangan jaringan internet menjadi telah teras utama kepada perkembangan teknologi maklumat.
ž
žKewujudan Kemajuan dalam bidang eletronik, computing dan programming yang menjadi teras kepada pembangunan dan perkembangan dalam teknologi maklumat seperti internet bermula di awal abad ke-20. Perkembangan secara besar besaran di pertengahan kurun ke 20 di dalam bidang teknologi circuitry telah menggantikan komputer yang dulunya dibina menggunakan tiub vakum yang memerlukan ruang yang luas dan penyejuk haba berkuasa tinggi dengan komputer yang lebih kecil, lebih laju dan dengan harga yang lebih rendah dan mampu dimiliki.
ž
žMSC (Multimedia Super Corridor) menampakkan usaha negara kita yang tidak mahu ketinggalan jauh di dalam perlumbaan teknologi maklumat ini. Tujuan MSC adalah untuk menarik masyarakat Malaysia mengambil bahagain sama ada secara langsung ataupun tidak langsung untuk menguasai teknologi yang sedang berkembang pesat ini. Selain itu, MSC juga bertujuan membantu ekonomi kita berpindah daripada yang berasaskan budaya pengeluaran kepada ekonomi yang bertemakan teknologi maklumat. Sekarang telah wujud idea k-ekonomi, e-business dan lain lain lagi yang berasaskan teknologi maklumat.
žKelebihan internet yang menjimatkan masa dan cepat perlu digunakan sepenuhnya secara yang optimum. Sebagai contoh, email yang mengambil masa hanya beberapa saat sahaja untuk sampai kepada penerima seharusnya menjadi pilihan utama menggantikan surat biasa yang selalunya mengambil masa tiga hari atau lebih untuk sampai kepada penerima. Malah email boleh dihantar kepada sekumpulan penerima yang mempunyai minat yang sama. Email juga sesuai dijadikan perantaraan untuk bertanya khabar, mengutus berita, beramah mesra, merapatkan hubungan, ingat mengingat, dan nasihat menasihati.
ž
žInternet merupakan alternatif yang paling bagus kepada media cetakseperti surat khabar,tidak memerlukan lebih masa untuk disebarkan, ruangan yang tidak terhad, dan tidak memerlukan kos yang lebih. Jauh lebih baik kalau hendak dibandingkan dengan media tradisional seperti surat khabar. Selain dari kos yang tinggi, ruangan media cetak selalunya terhad dan artikel yang dipaparkan terlalu dikawal oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan tersendiri seperti kepentingan politik. Selain dari itu, penggunaan internet dengan cara yang baik dan berkesan secara tidak langsung akan memperkayakan minda masyarakat dengan tersebarnya maklumat dan ilmu pengetahuan.ž

žPaling bagus lagi ialah internet membolehkan semua golongan melibatkan diri dengan mengadakan site atau webpage sendiri dalam menyampaikan maklumat dan memberi pendapat. Sekarang ini, terdapat banyak web provider yang menyediakan site yang percuma untuk semua golongan mendapatkannya. Site tersebut memiliki ruang yang cukup kepada pengguna untuk memiliki homepage sendiri yang seterusnya boleh digunakan untuk kegunaan sendiri seperti memperkenalkan diri mahupun untuk faedah umum seperti memperkenalkan negara ke mata dunia dengan menceritakan keramahan penduduk Malaysia, kedamaian penduduk berbilang bangsa, keenakkan juadah traditional dan keindahan alam sekitarnya.
ž
žKemajuan dalam teknologi terutamanya teknologi maklumat menjadikan dunia semakin global. Kalau dulunya berita dari timur mengambil masa beberapa hari untuk sampai ke barat, kini segala jenis maklumat dan berita hanya mengambil masa beberapa saat sahaja untuk sampai seolah olah dunia tiada mempunyai sempadan dan batasan. Seolah olah jarak tidak menjadi penghalang kepada masa yang diperlukan dalam penghantaran maklumat. Negara yang dulunya tiada dikenali, kini dengan sekelip mata sahaja boleh dikenali dan dilawati dengan menaip nama negara tersebut ke dalam "search engine" dengan menggunakan browser. Search engine merupakan program yang membantu pengguna mencari maklumat tentang sesuatu perkara yang diminati atau sesuatu yang ingin diketahui. Itulah era ledakan teknologi maklumat yang membolehkan masyarakat dari seluruh dunia berinteraksi dan menimba sesuatu yang baru dengan cepat, jimat dan tidak memerlukan belanja yang lebih.
ž