Friday, July 23, 2010

TUNTUTLAH ILMU oleh;CIKGU SULIZI


Lagu yang menjadi kajian saya bertajuk Tuntutlah Ilmu yang mana dihasilkan dan dinyanyikan oleh Cikgu Sulizi.Lagu ini berkonsepkan dikir barat yang merupakan salah satu daripada cabang seni tetapi mungkin agak janggal bagi masyarakat lain kerana dikir barat lebih dikenali di kelantan.Lagu ini dihasilkan sekitar tahun 2008.Seperti mana tajuk yang diberi,kandungan lirik lagu penuh dengan nasihat,panduan dan pengajaran dari seorang guru kepada pelajarnya kerana penyanyinya juga secara kebetulan merupakan seorang guru.Terdapat lirik yang berbunyi
adik-adik dibangku pelajaran tuntutlah ilmu jangan mudah jemu,
bangun pagi-pagi lepas mandi kita sembahyang,
nk pergi sekolah cium tangan ayah ibu,
balik sekolah bila kita lepas makan kerja cikgu suruh kita buat selalu,
Jika dilihat liriknya,ianya memberi nasihat kepada kita khasnya pelajar supaya sentiasa belajar dan menghormati ibu bapa.Terdapat juga lirik yang memberikan nasihat kepada kita supaya tidak terlibat dengan dadah kerana ia boleh merosakkan diri,lirik juga ada menekankan supaya kita tidak melupakan pengorbanan kedua ibu bapa kita apabila kita telah berjaya kelak.....
Bagi saya lagu ini memang bersifat media kerana ianya dapat menyampaikan sesuatu meseg itu dengan lebih mendalam.Melalui lagu kita dapat mewujudkan suatu jalinan budaya antara masyarakat.Jika diamati dari pengalaman saya,jalinan budaya dapat dibentuk kerana setiap kali persembahan,semua kaum seperti melayu,cina dan siam berkumpul untuk menyaksikan persembahan,jadi secara tidak langsung mewujudkan suatu silang media dan masyarakat.Walaupun dikir barat lebih kepada dialek kelantan tetapi ianya mudah difahami,malah ada lagu yang dijadikan bahan kajian untuk pemahaman masyarakat umum,jadi kita tidak boleh mempertikaikan lagi peranan lagu itu sebagai media dan bukan sebagai halwa telinga semata-mata.
Simboliknya saya memilih lagu ini kerana ingin berkongsi dengan lebih ramai masyarakat luar yang belum biasa memdengar lagu ini.Lagu ini asalnya dari Kelantan iaitu negeri kelahiran saya,biasanya lagu ini dimainkan secara berkumpulan dan diketuai oleh seorang ketua yang dinamai 'tok joro'.Biasanya berlangsung pada waktu malam dengan iringan paluan kompang,rebana,gong dan beberapa alat muzik lain.
Tetapi seharusnya generasi muda perlu memperkembangkan lagi sayap dikir barat ini,tidak hanya menggunakan dialek kelantan bahkan boleh diaplikasikan dalam pelbagai bahasa supaya peranannya sebagai media berfungsi dengan lebih berkesan.

No comments:

Post a Comment