Saturday, July 24, 2010

untukmu ibu


1)Bincangkan mengapa lagu itu media

Sesebuah lagu itu menjadi media kerana lagu itu dijadikan bahan perantaraan untuk disampaikan kepada para pendengar.Lagu ini telah dicipta oleh komposer dan penulis liriknya dan dinyanyikan oleh seorang penyanyi yang boleh menghayati lirik lagu tersebut dengan mendalam supaya lagu itu dapat disampaikan kepada masyarakat dan mudah untuk masyarakat memahami maksudnya.



2)Pilih lagu kesukaan kamu dan bahaskan mengapa lagu itu media.


Saya memilih lagu Untukmu Ibu yang dipopularkan oleh Mamat kerana lagu ini sarat dengan mesej penting yang ingin disampaikan kepada masyarakat.Lagu Untukmu Ibu menjadi media perantaraan kerana lagu ini merupakan sebuah lagu yang yang berkisarkan tentang perasaan rindu seorang anak terhadap ibunya.Lagu ini juga menggambarkan bahawa perasaan sayang seorang anak yang masih mendalam terhadap ibunya walaupun ibunya telah meninggal dunia.Seseorang anak itu juga akan merasa hidupnya kosong kerana telah kehilangan tempat untuk bergantung,tempat untuk mencurahkan segala isi hati dan tempat untuk berkongsi segala kegembiraan.Pencipta lagu ini juga ingin menyampaikan kepada masyarakat bahawa peranan seorang ibu itu sangat penting dalam mempengaruhi kehidupan anaknya.Seseorang anak ini juga akan sentiasa mendoakan kebahagiaan ibunya walau di mana berada.Lagu ini bukan sahaja dijadikan bahan hiburan dan haluan telinga semata-mata malah ada maksud-maksud tertentu yang ingin disampaikan kepada masyarakat pendengar supaya mereka dapat menghargai segala jasa dan pengorbanan seorang ibu.

No comments:

Post a Comment