Saturday, September 18, 2010

maksud budaya , dan masyarakat


maksud budaya

Budaya

Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. Di dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut sebagai culture, yang berasal daripada perkataan Latin colore yang bermaksud menanam atau mengerjakan.

Pengertian

Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat. Menurut Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski, segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri. Fahaman ini dikenal di kalangan ahli antropologi (kajian manusia) sebagai fahaman determinisme (atau penentuan) budaya. Herskovits seterusnya memandang budaya sebagai sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau (atau ringkasnya superorganik).

Sementara itu, menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat. Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Ahli antropologi dari alam Nusantara, iaitu Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi pula memegang kebudayaan sebagai alat penghasilan karya seni, rasa dan penciptaan di dalam masyarakat.

Daripada kesemua pengertian ini, kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat


maksud masyarakat

masyarakat menurut definisi Kamus Dewan(2005) ialah kumpulan manusia yang hidup bersama sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. individu, keluarga dan kumpulan kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat.Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut.khususnya melalui hubungan bersemuka.Daripadapergaulan ini, terbina pola hubungan sosial yang berulang sifatnya seperti kegiatan gotong -royong, bersama-sama merayakan sesuatu perayaan melalui rumah terbuka, berkumpul menyambut pembesar yang datang berkunjung, menghadiri kenduri majlis perkahwinan, membantu mereka yang ditimpa malapetaka atau menziarahi jiran yang tenat atau yang telah meninggal dunia.Kekerapan pergaulan ini membina satu kesepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai satu unit sosial.Dalam konteks Malaysia, hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik dapat membina sebauah masyarakat malaysia yang teguh.

setiap masayarakat pula mempunyai budayanya yang tersendiri yang terbentuk daripada hubungan rapat sesama anggotanya semenjak masyarakat itu wujud.Sebagai contoh ,masyarakat melayu kampung di kawasan luar bandar Malaysia telah wujud berpuluh abad lamanya, semenjak sebeum kedatangan kebudayaan asing(sama ada daripada negara China, India, atau dari wilayah lain.

para sarjana sains sosian dan kemanusiaan telah menegaskan bahawa kebudayaan tidak wujud jika tiaada ada masyarakat.Pendapat ini berasaskan fakta sejagat bahawa manusia sebagai anggota masyarakat telah bertanggungjawab mencipta, menggubah dan melestarikan budaya dan telah menurunkannya daripada generasi kepada generasi untuk jutaan tahun dalam peradaban manusia sedunia.penglibatan setiap anggota masyarakat diperlukan bukan setakat untuk mengatur kehidupan berlandaskan undang-undang, sisitem politik, ekonomi, dan pentadbiran tetapi juga dari segi nilai.. norma, emosi., dan semangat mencintai masyarakat atau sesebuah negara yang seterusnya pula mengandungi pelbagai bentuk rupa masyarakat.


No comments:

Post a Comment