Saturday, September 18, 2010

Utusan Malaysia

Utusan Malaysia
http://www.utusangroup.com.my/images/koperatbaru.png

Jenis Surat khabar harian
Format Pencetakan
Pemilik Utusan Melayu (M) Berhad
Penerbit Utusan Melayu (M) Berhad
Diasaskan 29 Mei 1939
Kecenderungan
politik
Pro-kerajaaan
Bahasa Melayu
Ibu pejabat 46M, Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur, Bendera Malaysia Malaysia (as of 2005).
Edaran 256,247
*Sumber: Audit Bureau of Circulations, 2004
Laman web: [1]

Utusan Malaysia merupakan sebuah akhbar berbahasa Melayu terbitan Utusan Melayu (M) Berhad.Menurut laporan Audit Bureau of Circulations pada 2004 jualan harian akhbar utusan adalah sebanyak 256,247 naskhah.

Pada awal penerbitannya, Utusan Malaysia merupakan saluran utama penduduk Semenanjung Tanah Melayu untuk menyuarakan pendapat mereka terhadap penjajah British dan ditulis menggunakan tulisan Jawi. [1]Kini ia telah dicetak menggunakan huruf Rumi dan merupakan "saluran rasmi" kerajaan Malaysia.


Sejarah

Kumpulan Utusan telah diperbadankan pada tahun 1938 di Singapura sebagai Utusan Melayu Press Limited. Akhbar sulungnya, Utusan Melayu, telah dilancarkan pada 29 Mei 1939. Dengan menggunakan Jawi, iaitu tulisan Arab, akhbar tersebut dicetak di Singapura dan memenuhi kehendak para pembaca yang celik Jawi di Tanah Melayu jajahan British.

Pada tahun yang sama edisi Ahad, Utusan Zaman telah diterbitkan. Utusan Melayu dan Utusan Zaman berada di barisan hadapan pembangunan intelek-intelek nasionalis Melayu yang kemudiannya telah melahirkan kepemimpinan politik yang berkesedaran tentang persediaan untuk mencapai kemerdekaan.

Pada bulan Februari 1958, lima bulan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, ibu pejabat Utusan Melayu telah dipindahkan ke ibu negara Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Utusan Melayu telah memperkukuhkan kedudukannya dan terus memainkan peranan utama sebagai penyumbang aktif dalam pembangunan ekonomi, sosial dan politik Tanah Melayu, yang pada tahun 1963 diperluaskan untuk merangkumi wilayah yang lebih besar untuk menubuhkan negara Malaysia.

Pada tahun 1967, Utusan Melayu telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat berhad awam di bawah Akta Syarikat, bernama Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Sejak itu, syarikat ini telah berkembang maju dengan amat pesat sehingga mencapai puncaknya dengan penyenaraian di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur pada 1994.

Sehingga kini Kumpulan Utusan bukan sahaja memberi tumpuan dalam penerbitan akhbar Utusan Malaysia, tetapi juga Mingguan Malaysia, Kosmo! dan Kosmo! Ahad di samping beberapa perniagaan media lain melalui anak-anak syarikatnya. Antaranya ialah pengiklanan melalui Utusan Media Sales (UMES) dan Utusan Airtime, penerbitan majalah (Utusan Karya), penerbitan buku (Utusan Publications & Distributions - UP&D), percetakan (Utusan Printcorp) dan perkhidmatan Online (Perfisio).


Berita Harian

Berita Harian
Bhlogo.gif
Jenis Akhbar harian
Format Terbitan lebar sehelai
Pemilik Media Prima Berhad
Penerbit Berita Harian Sdn. Bhd.
Penyunting Badrulhisham Othman & Azizi Othman
Diasaskan 1 Julai1957
Ibu pejabat Balai Berita 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur
Laman web: www.bharian.com.my

Berita Harian ialah sebuah akhbar utama berbahasa Melayu di Malaysia. Ia diasaskan pada 1 Julai 1957, tahun yang sama Malaysia mencapai kemerdekaan. Bagi surat khabar keluaran hari Ahad diberi nama Berita Minggu.

Audit Bureau of Circulation (ABC) dari 1 Julai 2004 hingga 30 Jun 2005 yang mempunyai 231,163 edaran. Sementara surat khabar lain, Berita Minggu mencapai 358,054 edaran.

Berita Harian juga merupakan nama kepada akhbar tidak berkaitan bahasa Melayu di Singapura. Ia dijual pada harga S$0.50. Edisi Singapura bagi Berita Harian diubahsuai melalui format dan halaman kulit.


New Straits Times


The New Straits Times
Jenis Akhbar harian
Format Tabloid
Pemilik Media Prima Berhad
Penerbit Percetakan New Straits Times
Penyunting Hishamuddin Aun
Diasaskan 15 Julai 1845
Kecenderungan
politik
Pertengahan kanan,
penyokong kerajaan
Ibu pejabat Balai Berita 31, Jalan Riong,
59100 Bangsar,
Kuala Lumpur, Malaysia
Edaran 200,000
Laman web: nst.com.my

New Straits Times ialah akhbar bahasa Inggeris yang tertua di Malaysia. Diasaskan pada tahun 1845 dengan nama The Straits Times dan format lebar sehelai, akhbar ini adalah akhbar bahasa Inggeris yang tunggal di Malaysia yang pernah mempunyai format tersebut. Bagaimanapun, mencontohi akhbar-akhbar British, The Times dan The Independent, satu percubaan versi tabloid telah diterbitkan pada bulan September 2004 dan sejak 18 April 2005, akhbar ini hanya diterbitkan dalam format tabloid. Dengan ini, New Straits Times menamatkan tradisi 160 tahunnya. New Straits Times kini dijual pada harga Ringgit Malaysia 1.20.

New Straits Times dicetak oleh Percetakan News Straits Times yang juga mencetak akhbar tengah hari bahasa Inggeris, Malay Mail, serta berbagai-bagai akhbar bahasa Melayu, terutamanya Berita Harian. New Straits Times ialah sebahagian kumpulan syarikat Media Prima.

Ketika diasaskan sebagai Straits Times di Singapura, akhbar ini merangkumi seluruh kawasan British Malaya, serta Singapura. Ini diteruskan apabila Singapura menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, tetapi selepas pemisahannya daripada persekutan pada tahun 1965, satu versi untuk Malaysia, iaitu New Straits Times, telah diasaskan, sedangkan The Straits Times meneruskan penerbitannya di Singapura. Disebabkan kepekaan politik yang menetapkan bahawa akhbar-akhbar dari sebuah negara tidak boleh dijual di dalam negara yang lain. Straits Times tidak dijual di Malaysia dan sebaliknya, New Straits Times tidak dijual di Singapura.

New Straits Times mempunyai edaran sebanyak lebih kurang 200,000 naskhah sehari; kurang daripada edaran The Star, pesaing utamanya. Walaupun begitu, akhbar ini adalah akhbar pilihan bagi kaum-kaum ahli intelek dan pegawai awam yang bertutur dalam bahasa Inggeris disebabkan, berbeza dengan The Star, akhbar ini mempunyai lidah pengarang yang mengandungi rencana-rencana mengenai keadaan negara yang disumbang bukan sahaja oleh penyunting akhbar, tetapi juga oleh wartawan-wartawan dan ahli-ahli intelek yang bukan kakitangan akhbar itu. Oleh itu, New Straits Times telah dianggap sebagai akhbar perdana bahasa Inggeris di Malaysia.



Tamil Nesan

Tamil Nesan (Tamil: தமிழ் நேசன்) ialah akhbar berbahasa Tamil yang tertua di Malaysia, semenjak mula diterbitkan pada 24 September 1924. Akhbar ini diterbitkan untuk tatapan masyarakat India di Malaysia.


Nanyang Siang Pau

Nanyang Siang Pau
南洋商報
Jenis Akhbar harian
Format Lebar
Pemilik Nanyang Press
Diasaskan 6 September 1923
Ibu pejabat Petaling Jaya, Selangor
Laman web: http://www.nanyang.com

Nanyang Siang Pau (Cina: 南洋商報; pinyin: Nányáng Shāngbào "Harian Niaga Nanyang") diasaskan oleh usahawan/dermawan Cina terkenal, Tan Kah Kee pada 6 September 1923 di Singapura, kini hanya diterbitkan di Malaysia. Edisi Singapura akhbar ini telah bergabung dengan Sin Chew Jit Poh (Singapura) pada 16 Mac 1983 untuk membentuk akhbar Lianhe Zaobao.

Pada Ogos 1932, akhbar Nanyang diasingkan dari syarikat Tan. Nama syarikat akhbarnya ditukar ke Nanyang Press pada tahun 1975.

Pada tahun 1993, Nanyang Press mengambil alih pengurusan sebuah lagi akhbar harian Cina, iaitu China Press.

Pada 28 Mei 2001, timbulknya kontroversi besar apabila Huaren Holdings, iaitu bahagian pelaburan parti politik MCA, membeli Nanyang Press, sehingga menyebabkan orang ramai memulaukan akhbar tersebut secara beramai-ramai.


The Star (Malaysia)

The Star
Star Newspaper Malaysia.png

Jenis Surat khabar harian
Format Tabloid
Pemilik Star Publications (Malaysia) Berhad
Penyunting Datuk Wong Chun Wai
(Group Editor in Chief)
Diasaskan 9 September 1971
Kecenderungan
politik
Pro-kerajaan
Bahasa Inggeris
Harga Semenanjung Malaysia RM 1.20 untuk setiap hari, RM 1.50 untuk hari minggu Sabah & Sarawak
RM 1.80 untuk setiap hari, RM 2.00 untuk hari minggu
Ibu pejabat Menara Star,
15 Jalan 16/11,
46350 Petaling Jaya, Selangor
Bendera Malaysia Malaysia.
Edaran 309,029 (Harian)
318,957 (Ahad)
*Sumber: Audit Bureau of Circulations, Malaysia - 1 Julai 2005 - 31 Dis 2005
Laman web: The Star Online

The Star merupakan akhbar harian berbahasa Inggeris di Malaysia yang terkenal sebagai suratkhabar Bahasa Inggeris yang terbesar di Malaysia dari segi jumlah pembaca, iaitu kira-kira 290,000-300,00 pebaca, menurut Audit Bureau of Circulations. The Star adalah satu ahli Asia News Network.

Saham majoriti The Star dimiliki oleh Persatuan Cina Malaysia, parti komponen kedua terbesar dalam Barisan Nasional. Saingannya ialah New Straits Times, dan The Sun.


Edisi

The Star (harian) dan Sunday Star diterbit dalam empat edisi – dua edisi merangkumi negeri-negeri utara semenanjung iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perlis , Kelantan dan Perak utara, manakala dua edisi lain merangkumi negeri-negeri lain.

Terdapat dua buah premis pencetakan utama yang menerbitkan keempat-empat edisi The Star setiap hari. Edisi-edisi utara dicetak di Star Northern Hub di Bayan Lepas, Pulau Pinang, manakala edisi-edisi lain itu dicetak di Star Media Hub di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.

Ciri-ciri

The Star dipakejkan sebagai akhbar 4-dalam-1, merangkumi Main Paper, StarBiz (dahulunya The Star Business), StarTwo (dahulunya Section Two) dan Star Metro.

  • Main Paper merangkumi berita tempatan dan antarabangsa terkini.
  • StarBiz menawarkan liputan menyeluruh perkembangan dunia niaga, trend pasaran, laporan kewangan dan kemaskini pasaran saham.
  • StarTwo bercirikan rencana gaya hidup, hiburan, kesihatan, penjagaan anak, peradaban sosial, sains, alam sekitar, fesyen, makanan dan banyak lagi, serta terletaknya jadual tayangan panggung wayang dan intisari rancangan televisyen.
  • Star Metro berlainan kandungan mengikut edisi tempatan, memaparkan berita, hal ehwal dan kegiatan serantau.

Seksyen mingguan termasuk:

  • Star Maritime (setiap Isnin) – meliputi industri perkapalan dan perdagangan laut
  • Star-In.Tech (Selasa dan Khamis) – menumpu kepada komputer dan teknologi maklumat
  • Youth 2 (Khamis) – gaya hidup dan trend terkini remaja
  • StarWeekend – menggantikan StarTwo setiap hari Sabtu, menawarkan rencana hobi, percutian, istirahat dan kegiatan hujung minggu.
  • The Star BizWeek – majalah kewangan mingguan yang diterbit setiap Sabtu, menekankan hal-ehwal niaga, syarikat, personaliti, perkembangan, dan saham yang dijangka mengegarkan pasaran pada minggu akan datang.

Seksyen Sunday Star termasuk:

  • StarMag – memaparkan rencana gaya hidup, temubual personaliti, ulasan buku, ulasan kereta, surat dan sebagainya.
  • StarMag Fit4Life – rencana kesihatan, keselamatan dan khasiat
  • StarMag – hal-ehwal hiburan, ulasan fesyen (pemakaian selebriti), ulasan album muzik, sudut manga/anime OtakuZone, intisari rancangan panggung wayang dan televisyen.
  • theStar Education – hal ehwal dan ulasan berkaitan pendidikan semua peringkat

Kolumnis

Antara kolumnis utama yang bekerja di The Star adalah Marina binti Mahathir (anak sulung bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir bin Mohamad) yang mengendali sudut Musings yang muncul sekali dlaam dua minggu, serta Wong Chun Wai, Naib Editor akhbar ini, yang mengendali sudut Ahad bertajuk "On The Beat."

mStar

Pada 31 Oktober 2005 syarikat Star Publications turut memperkenalkan mSTAR Online, akhbar dalam talian berbahasa Melayu. Laman web Bahasa Malaysia mStar Online telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


TV3


Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3)
TV3 (Malaysia).png
Jenis Stesen televisyen terestrial
Negara Bendera Malaysia Malaysia
Ketersediaan Seluruh Malaysia dan negara jiran
Cogan kata Rangkaian Sukaramai (1988-1993)
Berita Terkini Hiburan Sensasi (1993-2000)
Duniamu TV3 (2000-2004)
Pilihan Hatiku (2006-2007)
TV3 Di Sisimu (2007-2008)
Inspirasi Hidupku (2008-kini)
Pemilik Media Prima Berhad
Tokoh utama Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan, Dato' Anthony Firdauz Bujang
Tarikh pelancaran 1 Jun 1984
Laman web
www.tv3.com.my

TV3 ataupun Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) merupakan saluran televisyen swasta pertama di Malaysia di bawah naungan konglomerat Media Prima.

Sejarah

TV3 dilancarkan pada 1983 dengan tema "Berita Terkini,Hiburan Sensasi" ("First in News, Best in Entertainment").

Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) atau TV3 telah diperbadankan pada 1983 sebagai televisyen perdagangan pertama di Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat Media Prima. TV3 memulakan penyiarannya di Lembah Klang, (sekitar Kuala Lumpur, bandar raya terbesar di Malaysia) pada 1 Jun, 1984.

Tidak lama kemudian liputannya meningkat ke seluruh negara, dan pada hari ini ia boleh diterima di negara jiran, sama ada sebagai satu saluran daratan atau melalui satelit. Di Singapura, saluran ini menimbulkan kontroversi kerana menyiarkan rancangan-rancangan dalam bahasa Kantonis, antara dialek-dialek Cina yang diharamkan pihak berkuasa media Singapura sebagai langkah memupuk penggunaan bahasa Mandarin di kalangan rakyatnya. Kerajaan Singapura mencegah akhbar tempatan dan majalah-majalah daripada membawa susunan rancangan untuk saluran ini, walaupun ada bagi saluran televisyen Malaysia yang lain.

Pada Julai 1984, TV3 membuat liputan langsung Sukan Olimpik Los Angeles, Amerika Syarikat saluran pertama dalam negara. Lonjakan dalam populariti mendorong kepada penyenaraiannya di Papan Utama dari Bursa Saham Kuala Lumpur dalam April 1988.

TV3 juga merupakan stesen perdagangan pertama di Ghana dengan menubuhkan TV3 Network Ltd.

Ciri-ciri

Semenjak pelancarannya, TV3 telah mendahului stesen televisyen lain di Malaysia dan telah dua kali menjangkau 41% bahagian penonton (12 Januari - 18, 2003 dan 29 Jun - 5 Julai, 2003), peratusan penonton tertinggi pernah dicapai oleh sebuah stesen televisyen Malaysia. Dari segi pendapatan pengiklanan, syarikat mengekalkan kedudukan kepimpinannya dan berterusan menghasilkan pertumbuhan hasil yang kukuh daripada iklan-iklan. TV3 terus meningkatkan perkakasnya untuk pengeluaran dan transmisi, dan kakitangannya menerima latihan dan pendedahan berterusan dalam penerbitan televisyen. Ini membolehkan TV3 untuk kekal sebagai penyiar komersial persendirian yang terkemuka.

Dengan pemulihan ekonomi Malaysia, telah terdapat satu permintaan yang seiring untuk program tempatan, termasuk berita, hal ehwal semasa, majalah-majalah, perbincangan, sukan, dokumentari, drama atau filem. Dengan satu asas yang kukuh pengeluar televisyen telah merevolusikan pengeluaran kandungan tempatan untuk tahap mengkagumkan dalam industri siaran.

Stesen TV3 telah menjadi perintis fesyen dengan menghasilkan pengeluaran rancangan tempatan berkualiti dan telah manarik perhatian dan kesetiaan penonton Malaysia. Percaya bahawa kandungan tempatan adalah caranya, TV3 terus melabur dalam pekerja dan peralatan bagi menghasilkan kandungan tempatan yang berkualiti. Bagaimanapun, stesen juga menyiarkan satu rancangan asing yang berkualiti. Penguasaan penonton Cina adalah kurang berbanding penonton Melayu kerana penonton Cina lebih banyak menonton saluran RTM2,8TV, NTV7 dan Astro Hua Hee Tai (Saluran Berbahasa Hokkien).

TV3 kini bersiaran dalam UHF(Frekuensi Ultra Tinggi), tetapi ia juga boleh didapati di Lembah Kelang dalam VHF (Frekuensi Lebih Tinggi) gelombang ke-III Saluran 12. Di Lembah Kelang, saluran UHFnya ialah 29.

TV3 juga boleh didapati di Astro saluran 103.


Radio Televisyen Malaysia

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari RTM)
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Radio Televisyen Malaysia
Logo RTM sejak tahun 2004
Penjenamaan 1 Januari 2009 sebagai Radio Televisyen Malaysia (RTM)
Negara Bendera Malaysia Malaysia
Tarikh siaran pertama 28 Disember 1978 sebagai Radio Televisyen Malaysia (RTM)
Ketersediaan Nasional, juga tersedia di Singapura dan Brunei
Diasaskan 1 April 1946 sebagai Radio Malaya
oleh Radio Televisyen Malaysia
Slogan Teman Setia Anda
Kawasan pelesenan Radio Televisyen Malaysia
Kawasan penyiaran Malaysia
Kawasan Kuala Lumpur, Malaysia
Pemilik Radio Televisyen Malaysia
Tokoh utama Achmad Faizal
Tarikh pelancaran 28 Disember 1963 sebagai Televisyen Malaysia
Kumpulan Radio Televisyen Malaysia
Laman web
http://www.rtm.gov.my

Radio Televisyen Malaysia (RTM) ialah stesen penyiaran awam milik kerajaan Malaysia yang memiliki dan mengendalikan beberapa saluran radio dan saluran televisyen. Kini, RTM mengendalikan 8 saluran radio nasional, 16 saluran radio negeri, dan 7 saluran radio daerah serta dua saluran televisyen. Moto utamanya dari 1987 hingga 2004 ialah 'Teman Setia Anda'. Pada 2007, RTM menguasai 17% pasaran penonton televisyen di Malaysia, di belakang Media Prima (54%) dan Astro (29%).

Sejarah Penubuhan RTM

Penubuhan di awal 1920-an

Sejarah penyiaran radio di Malaya bermula pada tahun 1921 apabila seorang jurutera elektrik kerajaan Johor, A.L. Birch membawa masuk set radio yang pertama ke negara ini. Beliau kemudiannya menubuhkan Persatuan Wireless Johor dan memulakan penyiaran melalui gelombang 300 meter. Ini diikuti dengan penubuhan persatuan yang sama di Pulau Pinang dan Persatuan Wireless Tanah Melayu di Kuala Lumpur.

Pada tahun 1930, Sir Earl dari Lembaga Pelabuhan Singapura memulakan siaran gelombang pendek dua kali seminggu iaitu pada hari Ahad dan Rabu. Usaha yang sama turut dilakukan oleh Persatuan Wireless Tanah Melayu dengan memulakan siaran tiga kali seminggu dari Bukit Petaling, Kuala Lumpur, melalui gelombang 325 meter.Pada tahun 1934 pula, Stesen ZHJ Persatuan Wireless Pulau Pinang memulakan siarannya dalam bahasa Malaysia, Cina, Tamil dan Inggeris melalui gelombang 49.3 meter. Ini diikuti pula dengan usaha yang dilakukan oleh Sir Shenton Thomas yang membuka studio Perbadanan Penyiaran British Malaya serta pemancarnya di Bukit Caldecott, Singapura pada 11 Mac 1937. Pada tahun 1940, Perbadanan Penyiaran British Malaya diambil alih oleh kerajaan Negeri-negeri Selat dan menjadikannya sebahagian daripada Kementerian Penerangan British yang dikenali sebagai Perbadanan Penyiaran Malaysia.

Berikutan serangan Jepun dan British menyerah kalah di Singapura pada tahun 1942, mereka turut mengambilalih dan menggunakan saluran radio yang sedia ada di Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Seremban dan Singapura. Bagaimanapun pada tahun 1945, British yang kembali berkuasa turut mengambil balik stesen-stesen berkenaan.

1 April 1946, Jabatan Siaran Radio ditubuhkan di Singapura diikuti dengan penubuhan Jabatan Penyiaran. Tercetusnya darurat oleh komunis pada tahun 1948, membawa kepada perlunya perkhidmatan radio diperluaskan dan diperkembangkan.

Awal 1950-an

Pada awal tahun 50-an, aktiviti penyiaran di Malaya beroperasi dari studio sementaranya di Jalan Young (kini Jalan Cenderasari) di Kuala Lumpur dan kemudiannya pada tahun 1956 berpindah ke Bangunan Persekutuan (Federal House), Kuala Lumpur. Di sinilah bermulanya bidang penyiaran negara yang terus berkembang diikuti dengan penubuhan pula beberapa stesen kawasan disamping yang sedia ada di Sarawak dan Sabah. Siaran iklan perniagaan di radio juga bermula pada tahun 1960 yang menjadi salah satu sumber hasil baru bagi kerajaan. Sesuatu yang menarik untuk diketahui ialah pengenalan "INILAH RADIO MALAYSIA" mula diungkapkan oleh juruhebah serentak dengan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Pasca pembentukan Malaysia

Bidang penyiaran kemudiannya mengorak setapak lagi apabila perkhidmatan televisyen diperkenalkan pada 28 Disember 1963 dari studionya di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang. Operasi siaran kemudiannya berpindah ke Kompleks Angkasapuri dan memulakan siaran pada 6 Oktober 1969. Enam hari selepas itu, iaitu pada 11 Oktober 1969, radio dan televisyen bergabung dan diletakkan di bawah Jabatan Penyiaran Malaysia. Perkhidmatan TV mengorak selangkah lagi apabila rangkaian kedua dilancarkan pada 17 November 1969.

Di Kompleks Angkasapuri, bidang penyiaran negara terus berkembang pesat. Radio dan televisyen berjalan seiring.Perkhidmatan radio Rangkaian Nasional memulakan perkhidmatan 24 jam pada 19 April 1971. Penambahan waktu siaran ini bertujuan memenuhi keperluan pendengar yang sedang menjalankan tugas selepas waktu tengah malam seperti anggota keselamatan, petugas di hospital, pemandu kenderaan awam dan pengangkutan serta pelajar.

Menjelang dengan pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974 pula, perkhidmatan siaran Radio Ibukota dimulakan pada 5 November 1973. Siaran ini bertujuan memenuhi keperluan penduduk metropolitan yang semakin sibuk yang memerlukan banyak informasi terkini di samping hiburan. Bagi memenuhi hasrat para peminat muzik yang sentiasa memerlukan persembahan berkualiti pula, perkhidmatan siaran radio FM Stereo diperkenalkan pada 20 Jun 1975.

Di samping perkembangan pesat di peringkat ibu pejabat, stesen-stesen di peringkat daerah juga turut ditambah. Begitu juga diperingkat ibu pejabat, perubahan sentiasa dialakukan dari masa ke semasa termasuk memperkenalkan rancangan dan format baru seperti 'phone-in-programme'. Mengubahsuai waktu siaran dan memberikan nama baru kepada rangkaian radio seperti Radio 1 (Klasik Nasional), Radio 2 (FM Stereo sekarang dikenali sebagai Muzik FM), Radio 3 (stesen tempatan), Radio 4 (Inggeris, sekarang Traxx FM), Radio 5 (Mandarin, sekarang Ai FM) dan Radio 6 (Tamil, sekarang Minnal FM) di samping perkhidmatan Siaran Orang Asli dan Suara Malaysia yang sedia ada. Pada keseluruhannya, semua negeri sekarang sudah mempunyai stesen radio tiganya sendiri.

Begitu juga dengan televisyen. 28 Disember 1978 merupakan satu lagi detik penting dalam sejarah penyiaran negara, iaitu pelancaran TV Warna oleh Perdana Menteri, Dato' Hussein Onn, diikuti dengan siaran warna pada rangkaian kedua pada 7 Mei 1979. Pengenalan perkhidmatan warna bukan sahaja dapat memenuhi citarasa penonton yang kian bertambah tetapi juga dapat meningkatkan kualiti penerbitan rancangan. Disamping membeli rancangan-rancangan dari luar negeri, penerbitan di peringkat dalaman terus diperbanyakkan termasuk memperkenalkan pelbagai jenis pertandingan berbentuk muzik, bakat dan kuiz yang melibatkan penyertaan penonton dengan hadiah-hadiah yang menarik.Nama-nama rancangan seperti Juara Kugiran, Bakat TV, Bintang RTM, Tekaria dan sebagainya bukan sahaja popular kepada penonton tetapi berjaya mencungkil bakat dan melahirkan ramai artis terkenal.

Logo RTM dari tahun 1987 hingga 2004

Setelah lebih 20 tahun beroperasi, TV Malaysia kini boleh terus berbangga kerana menggunakan pelbagai peralatan canggih setanding dengan negara-negara maju yang lain. Ini termasuklah penggunaan komputer sepenuhnya dalam operasi siaran yang dikendalikan dari Pusat Operasi Siaran (TOC) dan penggunaan satelit penerimaan siaran (KOMSAR).

Lebih membanggakan lagi, jumlah pendengar dan penonton serta perolehan daripada siaran iklan telah semakin bertambah dan RTM turut mengorak langkah setapak lagi apabila RTM Net diperkenalkan pada akhir tahun 1995. Perkhidmatan ini yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 27 Disember 1995, membolehkan semua rangkaian radio di negara ini diikuti melalui rangakaian Internet.

Era Pendigitalan RTM

RTM akan memperkenalkan lebih 20 saluran digital secara percuma pada masa akan datang melalui RTMi. Buat permulaan, siaran percubaan beberapa siaran telah dilakukan mulai September 2006 di sekitar Lembah Kelang. Pendigitalan ini selaras dengan seluruh negara ASEAN lain yang memilih DVB-T sebagai piawaian penyiaran televisyen digital, dan dijangka melupuskan siaran analog sepenuhnya menjelang tahun 2015. Muzik Aktif melalui saluran Astro 180 merupakan saluran pertama di bawak projek pendigital televisyen ini. Antara saluaran pada akan datang ialah Arena, CY, Bestari dan Harmoni.


Syarikat Walt Disney

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Walt Disney Productions)
Lompat ke: pandu arah, gelintar
The Walt Disney Company
Jenis Awam (NYSE: DIS)
Ditubuhkan Los Angeles, California, AS[1]
(16 Oktober 1923)
Pengasas Walt and Roy Disney
Ibu pejabat Burbank, California, USA
Orang utama Robert Iger, Presiden/CEO
Industri Media dan Hiburan
Produk ABC, ABC Family, ABC Kids, Walt Disney Studios Distribution, Walt Disney Studios Motion Pictures Group, Disney Channel, Disney Channel Original, ESPN, ESPN2, Jetix, Walt Disney Studios, Walt Disney Parks and Resorts, Walt Disney Television, Walt Disney Television Animation, Walt Disney Records, Walt Disney Pictures, Touchstone Pictures, Touchstone Television, Playhouse Disney, Disney Consumer Products, Marvel Studios, Marvel Comics, Marvel Characters, Inc., Pixar, Soapnet, Disney Interactive Studios, Muppets Holding Company, Disney Store, Disney Cinemagic dan Disney XD
Hasil $65.6 bilion USD (2006)
Pendapatan operasi $64.9 bilion USD (2006)
(15.9% margin kendalian)
Pendapatan bersih $3.374 bilion USD (2006)
(10.4% margin bersih)
Pekerja 133,000 (2006)

Syarikat Walt Disney (Inggeris: The Walt Disney Company, BSNY: DIS) ialah korporasi media dan hiburan ketiga terbesar di dunia, mengekori Time Warner di tempat kedua dan News Corporation di tempat teratas. Syarikat yang diasaskan pada 16 Oktober 1923 oleh adik-beradik Walt dan Roy Disney sebagai studio animasi kecil ini, telah menjadi salah sebuah studio Hollywood yang terbesar, serta pemilik sebelas buah taman tema dan sebilangan rangkaian televisyen, termasuk American Broadcasting Company (ABC).

Ibu perjabat korporat dan prasarana penerbitan utama Disney terletak di Walt Disney Studios (Burbank), California.

Syarikat ini ialah satu komponen Dow Jones Industrial Average dan hasil pendapatannya sebanyak $34.3 billion pada tahun 2006.


Pegangan

Hiburan studio

Sehingga tahun 1955, satu-satunya perniagaan Disney ialah penerbitan wayang gambar. Disney Studio Entertainment, sering dikenali sebagai Walt Disney Studios, merangkumi studio-studio perfileman dan animasi, label rakaman dan pementasan gaya Broadway milikan Disney.

Sejak tahun 2002, Disney Studio diketuai pengerusinya Dick Cook.

Rangkaian media

Unit Rangkaian Medianya berpusatkan rangkaian televisyen American Broadcasting Company (ABC) yang dibeli syarikat ini melalui penggabungan dengan Capital Cities/ABC pada tahun 1996. Harta-harta milikan termasuk:

Disney juga memiliki sekumpulan rangkaian kabel termasuk:

Disney juga memegang kepentingan besar dalam Lifetime (50%), A&E (37.5%), E! (40%, baru-baru ini dijual kepada Comcast), dan Jetix Europe N.V. (74%). Disney juga memiliki 25% syarikat GMTV yang mengendali Breakfast Programmes di ITV, di UK dan 50% Super RTL di Jerman.

Melalui ABC, Disney juga memiliki 10 stesen televisyen tempatan, 2 stesen radio tempatan, dan ESPN Radio, dan Radio Disney. Walaupun rangkaian ABC Radio telah dijual bersama harta-harta lain ke Citadel Broadcasting, (yang mengedar buletin berita oleh ABC News), pemegang saham Disney kini memiliki 57% Citadel. Disney-ABC Domestic Television yang juga sebahagian unit Rangkaian Media, menerbitkan rancangan televisyen sindiket seperti Who Wants to Be a Millionaire, Live with Regis and Kelly, dan At the Movies with Ebert & Roeper.

Disney juga mengendali syarikat penerbitan buku sendiri, iaitu Hyperion, serta Walt Disney Internet Group (WDIG) melalui Media Networks. Baru-baru ini Hyperion telah menerbitkan buku-buku oleh pelawak Steve Martin dan pengarang masyhur Mitch Albom. WDIG merangkumi portal web Go.com, enjin gelintar Infoseek yang dibeli WDIG ini pada tahun 1998, dan laman-laman web peneraju seperti Disney.com, ESPN.com, ABCNews.com dan Movies.com. Pada Mac 2007, adalah dilaporkan bahawa Disney hendak melancarkan laman Web baru, iaitu Disney Family http://newsmax.com/archives/articles/2007/3/13/75712.shtml, iaitu laman setempat untuk ibu bapa. [2]

Pada tarik 31 Ogos 2009, syarikat ini mengumumkan kesepakatan untuk mengakuisisi Marvel Entertainment sebesar $ 4 bilion, dengan Marvel pemegang saham untuk menerima $ 30 dan tentang saham Disney sebanyak 0,745 untuk setiap saham Marvel mereka sendiri.[3] Pengundian untuk transaksi dijadualkan berlaku pada tarikh 31 Disember 2009.[4] Pengundian berlaku pada tarikh 31 Disember 2009 dan merger diluluskan.[5] Pengambilalihan Marvel diselesaikan jam selepas pengundian pemegang saham pada tarikh 31 Disember 2009.[6]

Pustaka filem dan televisyen

Syarikat Walt Disney memiliki sebuah pustaka filem dan televisyen yang kecil tetapi banyak simpanannya. Selain filem dan rancangan televisyen terbitan label Walt Disney, Touchstone, Hollywood dan Miramax; Disney turut memiliki pustaka filem Dimension pra-2005. Setelah membeli ABC/Capital Cities, syarikat ini meraih hak terhadap kebanyakan pustaka filem dan televisyen ABC/Capital Cities (termasuk kebanyakan filem Selznick International Pictures dan Selmur Productions) dan sebilangan banyak rancangan ABC pra-Disney. Apabila membeli Muppets ciptaan Jim Henson, Disney turut membeli hak untuk filem-filem yang dibintangi Muppets dan rancangan televisyen The Muppet Show dari Columbia Pictures. Disney juga membeli filem-filem individu; seperti versi 1940 filem Swiss Family Robinson dari RKO dan versi filem bisu Peter Pan yang asalnya dikeluarkan oleh Paramount Pictures.


YouTube


YouTube
Jenis Anak syarikat Google
Ditubuhkan 15 Februari 2005
Ibu pejabat , Amerika Syarikat San Bruno, California
Orang utama Chad Hurley, Pengasas & CEO
Steve Chen, Pengasas & CTO
Jawed Karim, Pengasas & Penasihat
Pemilik Google
Pekerja 67 (2006)
Laman web http://www.youtube.com/
Ibu pejabat YouTube yang awal di San Mateo.
Sebuah Pemain Youtube

YouTube ialah laman web perkongsian video yang disukai ramai dan yang membenarkan penggunanya memuat naik, menonton, dan berkongsi klip video. Video-videonya boleh dinilai, dengan kedua-dua pemeringkatan purata serta kekerapan video itu ditonton dipaparkan.

Diasaskan pada Februari 2005 oleh tiga orang bekas pekerja PayPal, Youtube yang berpusat di San Bruno mempergunakan teknologi Adobe Flash untuk memaparkan video. Jenis kandungan laman web ini amat meluas dan merangkumi klip-klip filem, rancangan televisyen, dan video muzik, serta kandungan amatur seperti videoblog dan video ringkas yang asli. Syarikat ini yang kini menggaji 57 orang pekerja dinobatkan "Rekaan Terbaik untuk Tahun 2006" oleh majalah TIME. Pada Oktober 2006, Syarikat Google Inc. mengumumkan bahawa ia telah mencapai persetujuan untuk memperoleh YouTube pada harga AS$1.65 bilion dalam bentuk saham Google. Urus niaga tersebut selesai pada 13 November 2006.

sejarah

YouTube diasaskan bersama-sama oleh Chad Hurley, Steve Chen, dan Jawed Karim yang kesemuanya merupakan pekerja perintis PayPal. Sebelum PayPal, Hurley belajar reka bentuk di Universiti Indiana Pennsylvania, manakala Chen dan Karim belajar sains komputer bersama-sama di Universiti Illinois di Urbana-Champaign. Nama domain "YouTube.com" diaktifkan pada 15 Februari 2005, dan laman web dibangun pada bulan-bulan yang berikut. Pencipta-penciptanya memberikan orang ramai sebuah pratonton tentang laman web mereka pada Mei 2005 dan enam bulan kemudian, YouTube muncul buat pertama kali secara rasmi.

Serupa dengan banyak syarikat teknologi yang baru, YouTube bermula sebagai sebuah usaha dibiayai malaikat di sebuah pejabat yang kecil dan murah. Pada November 2005, Sequoia Capital, syarikat modal usaha niaga, melabur AS$3.5 juta; selain itu, Roelof Botha, pekongsi syarikat serta bekas Ketua Pegawai Kewangan PayPal, menyertai lembaga pengarah YouTube. Pada April 2006, Sequoia melabur lagi AS$8 juta dalam syarikat itu yang telah mengalami kepopularan dan pertumbuhan yang pesat dalam hanya beberapa bulan pertama kewujudannya.

Pada musim panas 2006, YouTube menjadi salah satu laman web yang paling pesat pertumbuhannya dalam Jaringan Sejagat, dan ditempatkan oleh Alexa sebagai laman web yang kelima terpopular, iaitu jauh mengatasi juga pertumbuhan laman web MySpace.Menurut sebuah tinjauan pada 16 Julai 2006, 100 juta klip ditonton di YouTube pada setiap hari, dengan sebanyak 65,000 video baru dimuat naik setiap 24 jam. Menurut Nielsen/NetRatings, Youtube dikunjungi oleh hampir 20 juta pengguna setiap bulan, dengan sekitar 44% penontonnya merupakan wanita, dan 56% lelaki. Kumpulan yang berumur antara 12 hingga 17 tahun merupakan penontonnya yang terutama. Keunggulan Youtube dalam pasaran video dalam talian adalah amat mengejutkan. Menurut laman web Hitwise.com, YouTube menguasai 64% daripada pasaran video dalam talian di United Kingdom.

Pada 9 Oktober 2006, Youtube mengumumkan bahawa ia akan diperoleh oleh Google pada harga AS$1.65 bilion dalam bentuk saham. Perjanjian pembelian antara Google dan YouTube datang selepas YouTube memeterai tiga buah perjanjian dengan syarikat-syarikat media dalam satu percubaan untuk mengelakkan tuntutan-tuntutan mahkamah terhadap pelanggaran hak cipta. YouTube akan terus beroperasi secara bebas, dan kesemua pekerja syarikat serta pengasas-pengasas bersamanya akan terus bekerja di dalam syarikat. Urus niaga untuk memperoleh YouTube selesai pada 13 November, dan merupakan pembelian Google yang terbesar setakat ini.

Pada November 2008, YouTube mencapai persetujuan dengan MGM, Lions Gate Entertainment dan CBS yang membolehkan ketiga-tiga syarikat tersebut memuatkan filem-filem dan rancangan televisyen sepenuhnya di laman YouTube, asalkan disertakan iklan, sebagai langkah menyaingi laman-laman video lain seperti Hulu, yang memaparkan bahan-bahan terbitan NBC, Fox, dan Disney.

Teknologi

Perbandingan video YouTube bermutu biasa, tinggi, dan HD, dengan format asalnya.

Format video

Teknologi pemainan video YouTube berasaskan Adobe Flash Player yang membolehkan laman ini memaparkan video yang setanding mutunya dengan teknologi-teknologi video sedia ada (seperti Windows Media Player, QuickTime, dan RealPlayer) yang biasanya memerlukan pengguna memasang pemalam pelayar web untuk menonton videonya. Pemalam juga diperlukan untuk menonton video Flash, tetapi hasil kaji selidik Adobe Systems mendapati pemalam Flash sudah dipasang dalam 95% komputer peribadi.

Video-video yang dimuat naik ke YouTube oleh pemegang akaun biasa terhad kepada 15 minit panjangnya. Ketika YouTube dilancarkan pada tahun 2005, video lebih lama boleh dimuat naik, tetapi had 10 minit dikenakan pada Mac 2006 setelah pihak YouTube mendapati kebanyakan video yang menjangkaui kepanjangan ini berbentuk cetak rompak filem dan televisyen.Akaun rakan (partner) dibenarkan memuat naik video melebihi 10 minit asalkan diizinkan oleh YouTube. Had sepuluh minit dinaikkan kepada lima belas minit pada Julai 2010. Partner accounts are permitted to upload longer videos, subject to acceptance by YouTube. Saiz fail terhad pada 2 GB untuk muat naik dari laman web YouTube, dan 20 GB dari penggunaan Advanced Uploader yang berasaskan Java.

YouTube menerima muat naik video dalam kebanyakan format, termasuk .WMV, .AVI, .MKV, .MOV, MPEG, .MP4, DivX, .FLV, dan .OGG. YouTube juga menyokong 3GP, maka membolehkan video dimuat naik terus dari telefon bimbit.

Mutu video

Pada mulanya, YouTube hanya menyiarkan video dalam satu format, tetapi kini terdapat dalam tiga format di samping juga format "mobil" untuk tontonan pada telefon bimbit. Format asalnya, iaitu mutu "biasa", memaparkan video berleraian 320x240 piksel dengan kodek Sorenson Spark dan audio MP3 mono. Beginilah kebiasaan dalam penstriman video ketika YouTube dilancarkan dahulu.

Video "bermutu tinggi" yang diperkenalkan pada Mac 2008, dipaparkan pada leraian 864x480 piksel dengan bunyi AAC stereo. Format ini banyak menunjukkan peningkatan berbanding mutu biasa. Pada November 2008, sokongan HD 720p diperkenalkan. Pada masa yang sama, pemain YouTube diluaskan nisbah aspeknya dari 4:3 kepada skrin lebar 16:9. Video 720p berleraian 1280x720 piksel dan dikodkan dengan kodek video H.264 dengan audio stereo AAC. Pada November 2009, sokongan HD 1080p diperkenalkan pula, pada leraian 1920x1080 piksel.

Video 3D

Dalam video yang dimuat naik pada 21 Julai 2009, jurutera perisian YouTube Peter Bradshaw mengumumkan bahawa para pengguna YouTube boleh memuat naik video 3D. Video 3D ini boleh ditonton seperti video biasa, atau merasai kesan 3D dengan memakai cermin mata khas.


Facebook

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar


Facebook, Inc.
Jenis Persendirian
Diasaskan pada Cambridge, Massachusetts
(4 Februari 2004)
Ibu pejabat Palo Alto, California
Orang-orang penting Mark Zuckerberg, Pengasas dan CEO
Dustin Moskovitz, Pengasas bersama dan TP Kejuruteraan
Owen Van Natta, COO
Matt Cohler, TP Strategi & Operasi Perdagangan
Chris Hughes, Pengasas bersama
Pendapatan 300 juta USD (ang. 2008)[1]
Kakitangan 1200+[2]
Tapak web www.facebook.com
Jenis tapak web rangkaian sosial
Pendaftaran perlu
Bahasa yang disediakan Bahasa Inggeris
Dilancarkan Februari 2004
Status kini aktif
Ibu pejabat Facebook di Palo Alto, CA

Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook lebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa.Pengguna boleh menambah rakan dan saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada rakan-rakan. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej. Nama Facebook berasal daripada timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak pentadbiran universiti kepada para penuntut pada permulaan tahun akademik di AS dengan tujuan membantu penuntut saling mengenali.

Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes. Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard, tetapi kemudian beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston, Liga Ivy, dan Universiti Stanford. Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya, sesiapa sahaja yang berumur 13 ke atas. Kini, tapak web ini dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia.

Konsep asal Facebook dipinjam dari hasil keluaran Akademi Phillips Exeter, sebuah sekolah persediaan yang pernah dihadiri oleh Zuckerberg, yang menerbitkan dan mengedarkan manual bercetak untuk semua pelajar dan fakulti selama berpuluh-puluh tahun, iaitu "face book".

Facebook juga berdepan dengan kontroversi. Mula-mulanya, ia pernah disekat secara sementara di beberapa negara termasuk Syria, China,Vietnam, dan Iran. Facebook juga dilarang di kebanyakan tempat kerja untuk menghindarkan para pekerja daripada membuang masa bersama perkhidmatannya.

Satu lagi isu adalah para pengguna Facebook dicabuli privasi mereka beberapa kali. Facebook pernah menjelaskan tuntutan mahkamah mengenai kod sumber dan harta intelek.Tapak web ini juga pernah terlibat dalam kontroversi penjualan peminat dan rakan-rakan.

Sejarah

Facemash

Mark Zuckerberg mencipta Facebook di dalam bilik asramanya di Harvard.

Mark Zuckerberg mencipta Facemash pada 28 Oktober 2003, sebagai pelajar tahun dua di Universiti Harvard. Pada malam itu, Zuckerberg memblogkan cubaan melupakan bekas teman wanita yang baru meninggalkannya:

I'm a little intoxicated, not gonna lie. So what if it's not even 10 p.m. and it's a Tuesday night? What? The Kirkland [dorm] facebook is open on my desktop and some of these people have pretty horrendous facebook pics. I almost want to put some of these faces next to pictures of farm animals and have people vote on which is more attractive.
(Aku rasa mabuk sedikit, tak nak bohong. Buat apa kalau belum pukul 10 pada malam Selasa? Apa? Facebook asrama Kirkland dibuka dalam desktop aku, ada mereka yang buruk sangat gambar facebooknya. Aku rasa nak letakkan beberapa muka-muka mereka dekat dengan gambar haiwan ladang dan jemput orang ramai untuk mengundi gambar mana paling menarik.)

9:48 malam

Yea, it's on. I'm not exactly sure how the farm animals are going to fit into this whole thing (you can't really ever be sure with farm animals...), but I like the idea of comparing two people together.
(Ya, dah naik. Entahlah bagaimana untuk memasukkan haiwan-haiwan ladang ini ke dalam semua ini, tapi baguslah idea membanding-bandingkan dua orang.)

11:09 malam

Let the hacking begin.
(Penggodaman bermula.)

12:58 tengah malam

Menurut akhbar The Harvard Crimson, Facemash "menggunakan gambar-gambar foto yang dihimpunkan dari facebook atas talian dari sembilan Rumah, meletakkan dua gambar bersebelahan sekali lalu meminta para pengguna untuk memilih orang mana yang 'lebih hangat'". Untuk melakukan demikian, Zuckerberg menggodam kawasan terlindung dalam rangkaian komputer Harvard lalu menyalin gambar-gambar ID asrama yang sulit dari setiap rumah.

Ketika itu, Harvard tiada buku panduan pelajar yang diisi gambar dan maklumat asas, dan Facemash berjaya menjana 450 pelawat dan 22,000 tontonan foto sepanjang empat jam terawalnya dalam talian. Ciri-ciri Facemash yang mencerminkan komuniti fizikal orang ramai, dengan identiti sebenar sekali, merupakan aspek-aspek terpenting untuk Facebook.

Tapak web berkenaan dikirimkan ke beberapa pelayan senarai kumpulan kampus, tetapi beberapa hari kemudian, ia ditutup oleh pihak pentadbiran Harvard. Zuckerberg didakwa mencabuli keselamatan, hak cipta, dan privasi individu oleh pihak pentadbiran, sehingga menghadapi hukuman buang sekolah, tetapi akhirnya tuduhan-tuduhan tersebut digugurkan.

Kemudian, Zuckerberg memperluaskan projek asal ini dengan mencipta alat pembelajaran sosial sebagai persediaan peperiksaan akhir sejarah kesenian dengan memuat naik 500 imej zaman Augustus ke dalam sebuah tapak web, dengan satu gambar sehalaman diiringi seksyen komen. Beliau membuka tapak tersebut kepada rakan-rakan sekelasnya, dan mereka semua mula berkongsi catatan.

Thefacebook

Fail:Thefacebook.png
Thefacebook pada 12 Februari 2004.

Pada penggal berikutnya, Zuckerberg mula menulis kod untuk sebuah laman web baru pada Januari 2004. Beliau mengakui dirinya diilhamkan oleh editorial dalam senaskhah The Harvard Crimson mengenai peristiwa Facemash. "Jelas sekali bahawa teknologi yang diperlukan untuk mencipta tapak web yang terpusat sudah tersedia," kata-kata yang tertera dalam akhbar tersebut. "Banyak sekali faedahnya." On February 4, 2004, Zuckerberg launched "Thefacebook", originally located at thefacebook.com. "Semua orang hangat memperkatakan face book kegunaan sejagat dalam Harvard," Zuckerberg memaklumkan The Harvard Crimson. "Saya rasa adalah tidak masuk akal bagi pihak Universiti untuk memakan masa dua tahun untuk membiasakan diri. Saya boleh melakukannya dengan lebih baik daripada mereka, dan saya mampu melakukannya dalam seminggu."

Enam hari selepas laman itu dilancarkan, tiga pelajar senior Harvard, iaitu Cameron Winklevoss, Tyler Winklevoss, dan Divya Narendra, menuduh Zuckerberg sengaja memperdaya mereka dengan kepercayaan bahawa beliau akan membantu mereka membina rangkaian sosial bernama HarvardConnection.com, padahal beliau sebenarnya menggunakan gagasan mereka bertiga untuk menghasilkan produk pesaing.

Mereka bertiga mengadu kepada Harvard Crimson agar melakukan siasatan. Zuckerberg menggunakan tapak webnya, TheFacebook.com, untuk mencari ahli-ahli tapak web yang memperkenalkan diri sebagai ahli-ahli Crimson, kemudian menyemak daftar kegagalan log masuk untuk melihat sama ada adanya ahli-ahli Crimson yang pernah memasukkan kata laluan yang salah ke dalam TheFacebook.com. Bagi yang melakukan cubaan log masuk yang gagal, Zuckerberg cuba menggunakan kata laluan berkenaan untuk mencapai akaun emel Harvard ahli-ahli Crimson itu, lalu berjaya menuduh dua daripada mereka.[24] Kemudian, adik-beradik Winklevoss dan Narendra memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Zuckerberg, tetapi kemudian menyelesaikannya secara damai.[25]

Keahlian TheFacebook.com pada mulanya terhad kepada pelajar Kolej Harvard, dan dalam sebulan pertama, lebih separuh jumlah mahasiswa Harvard berdaftar dengan perkhidmatan ini] Kemudian, Zuckerberg disertai oleh Eduardo Saverin (aspek perniagaan), Dustin Moskovitz (pengaturcara), Andrew McCollum (pereka grafik), dan Chris Hughes untuk mempromosikan tapak web ini. Pada Mac 2004, Facebook diperluaskan ke universiti-universiti Stanford, Columbia, dan Yale Perluasannya berterusan dengan pembukaannya ke seluruh maktab pengajian tinggi bertaraf Liga Ivy dan di kawasan Boston, diikuti hampir semua universiti di Kanada dan Amerika Syarikat.Facebook diperbadankan pada pertengahan tahun 2004, dan usahawan Sean Parker yang selama ini menjadi penasihat tak rasmi Zuckerberg, menjadi presiden syarikatnya. Pada Jun 2004, Facebook memindahkan tapak operasinya ke Palo Alto, California. Perkataan The digugurkan dari namanya setelah nama domain facebook.com dibeli dengan harga $200,000 pada tahun 2005.

Facebook melancarkan versi sekolah tinggi pada September 2005, sebagai apa yang diperkatakan oleh Zuckerberg sebagai langkah logik seterusnya. Ketika itu, rangkaian sekolah tinggi memerlukan jemputan untuk menyertainya. Facebook kemudian meluaskan kelayakan keahliannya kepada para kakitangan beberapa syarikat, termasuk Apple Inc. dan Microsoft. Akhirnya pada 26 September 2006, Facebook dibuka kepada semua yang berumur 13 tahun ke atas dengan alamat e-mel yang sah.


Nokia

Perbadanan Nokia
Jenis Syarikat awamOyj
(OMX: NOK1V, BSNY: NOK, Xetra: NOA3)
Ditubuhkan Nokia, Finland (1865)
Ibu pejabat Espoo, Finland
Orang utama Jorma Ollila (Pengerusi)
Olli-Pekka Kallasvuo (Presiden & CEO)
Richard A. Simonson (CFO)
Mary T. McDowell (CDO)
Industri Telekomunikasi
Internet
Perisian komputer
Produk Telefon bimbit
Telefon pintar
Komputer bimbit
Rangkaian
(Sila lihat senarai produk)
Hasil 50.722 bn (2008)[1][2]
Pendapatan bersih €4.639 bilion (2005)
Jumlah aset €39.582 bn (2008)
Jumlah ekuiti €16.510 bn (2008)
Pekerja 123,347 dalam 120 negara (September 30, 2009)[3]
Divisyen Devices
Perkhidmatan
Pasaran
Laman web www.nokia.com

Ibu pejabat Nokia di Keilaniemi, Espoo.

Pemandangan lebih dekat ibu pejabat Nokia.












Perbadanan Nokia (BSNY: NOK) ialah pengeluar telefon bimbit yang terbesar di dunia (pada Jun 2006), dengan bahagian pasaran sejagat sebanyak lebih kurang 33% pada tahun 2006. Syarikat ini mengeluarkan telefon bimbit untuk setiap pasaran dan protokol utama, termasuk GSM, CDMA, dan WCDMA (UMTS).

Perbadanan Nokia juga mengeluarkan kelengkapan rangkaian telekomunikasi untuk kegunaan-kegunaan seperti telefoni suara talian tetap dan bimbit, ISDN, capaian jalur lebar, suara melalui IP, dan LAN wayarles.

Ibu pejabat Nokia terletak di Espoo, sebuah subbandar Helsinki, Finland, tetapi syarikat ini juga mempunyai tapak-tapak penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran, dan perwakilan jualan di banyak negara di seluruh dunia. Pusat Penyelidikan Nokia yang merupakan makmal-makmal penyelidikan perindustrian mempunyai banyak tapak di Helsinki dan di Cambridge, MA, Amerika Syarikat.

Nokia ialah syarikat Finland yang terbesar, dengan lebih kurang separuh daripada pemodalan pasaran Bursa Saham Helsinki. Ini adalah satu keadaan yang amat unik bagi sebuah negara perindustrian. Nokia juga memainkan peranan yang amat besar dalam ekonomi Finland, dan penduduk-penduduk Finland telah banyak kali menempatkan syarikat ini sebagai jenama dan majikan yang terbaik.

Sony Ericsson


Sony Ericsson Mobile Communications AB
Jenis Swasta
Ditubuhkan 2001
Ibu pejabat Ibu pejabat:
Bendera United Kingdom Acton, London, England, UK
Diperbadankan:
Bendera Sweden Sweden
Orang utama Hideki 'Dick' Komiyama (Presiden), Anders Runevad (EVP)
Industri Telekomunikasi
Produk Telefon bimbit
Peranti muzik mudah alih
Sistem tanpa wayar
Peranti suara tanpa wayar
Aksesori berteknologi tinggi
Peranti data tanpa wayar
Hasil €10,959 juta (2006)
Pendapatan bersih €997 juta (2006)
Pekerja ~8,000
Induk Sony Corporation (50%)
Ericsson AB (50%)
Laman web www.sonyericsson.com

Sony Ericsson ialah satu syarikat usaha sama yang ditubuhkan pada tahun 2001 oleh syarikat elektronik Jepun Sony Corporation dan syarikat telekomunikasi Sweden Ericsson untuk membuat telefon bimbit. Sebab utama yang dinyatakan bagi usaha sama tersebut adalah bagi menggabungkan kepakaran Sony dalam bidang elektronik pengguna dengan kepemimpinan teknologi Ericsson dalam sektor komunikasi. Kedua-dua syarikat induk telah berhenti menghasilkan telefon bimbit.

Ibu pejabat pengurusan global terletak di Hammersmith, London, dan ia mempunyai pasukan kajian & pembangunan di Sweden, Jepun, China, Kanada, Belanda, Amerika Syarikat, India dan United Kingdom.

Sony Ericsson mempunyai lebih kurang 8,000 pekerja di seluruh dunia. Dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 43%, ia menjadi pembekal telefon bimbit yang paling pantas berkembang pada suku tahun ketiga 2006 berbanding Motorola dengan kadar sebanyak 39%. Hari ini, Sony Ericsson adalah syarikat pembuat telefon bimbit kedua paling menguntungkan di belakang Nokia serta telah mencapai status ini disebabkan pertumbuhan yang tinggi di dalam pasaran telefon bimbit canggih.[perlu rujukan]

Setakat 1 November 2007, Presiden syarikat sekarang ialah Hideki Komiyama, yang menggantikan Miles Flint, dan Naib Presiden Eksekutif Korporat ialah Anders Runevad. Agensi pengiklanan global syarikat adalah Saatchi & Saatchi.

sejarah

Eriscsson, yang telah berada dalam pasaran telefon bimbit sejak berdekad, membuat keputusan untuk melepaskan bisnes ini pada tahun 2001 berikutan kerugian besar. Ericsson membuat keputusan untuk memperolehi sumber cip bagi telefon bimbitnya daripada sumber tunggal, sebuah kilang Philips di New Mexico. Pada Mac 2000 kebakaran di kilang Philips tersebut telah menyebabkan pencemaran di makmal steril. Philips memberi jaminan kepada Ericsson dan Nokia (satu lagi pelanggan utama kilang tersebut) bahawa pengeluaran akan tertangguh dalam masa kurang daripada seminggu. Apabila sudah jelas bahawa pengeluaran sebenarnya tertangguh selama berbulan-bulan, Ericsson mengalami masalah kekurangan bahan yang serius. Nokia sudah pun mula mendapatkan bahagian daripada sumber alternatif, tetapi keadaan Ericsson position bertambah buruk memandangkan kedua-dua pengeluaran bagi model semasa serta pelancaran model baru telah ditangguhkan.[1]

Sony Ericsson ialah penaja global kepada Persatuan Tenis Wanita (WTA), dan kerja-kerja bersama persatuan tersebut bagi mempromosikan pertandingan jelajah di lebih 80 bandar raya.

Sony Ericsson telah membeli UIQ Technology, sebuah syarikat perisian Sweden daripada Symbian Ltd. pada Februari 2007. Miles Flint mengumumkan bahawa UIQ akan kekal sebagai sebuah syarikat bebas.[perlu rujukan]

Pada 15 Oktober 2007, Sony Ericsson mengumumkan semasa Pertunjukan Telefon Bimbit Pintar Symbian bahawa mereka akan menjual separuh daripada saham UIQ yang dimilikinya kepada Motorola, menjadikan teknologi UIQ dimiliki oleh dua syarikat besar telefon bimbit.



No comments:

Post a Comment