Monday, September 20, 2010

PERANAN MEDIA DALAM MENINGKATKAN PENGHAYATAN BULAN RAMADHAN DAN PERAYAAN

Media memainkan peranan penting dalam kehidupan semasa masyarakat. Media dapat membuatkan masyarakat tersebut percaya,menghormati,mengagumi,memarahi,dan sebagainya. Dalam kata lain, media dapat mempengaruhi fikiran masyarakat.
Media arus perdana iaitu akhbar contohnya dapat memainkan peranan dalam meningkatkan penghayatan bulan ramadhan contohnya, akhbar memaparkan tempat-tempat berbuka puasa yang enak pada bulan ramadhan seperti bazar yang menjual pelbagai jenis makanan. Harian Metro contohnya seringkali memaparkan tempat-tempat berbuka puasa di ruangan akhbarnya. Terdapat juga akhbar yang menyiarkan iklan-iklan perayaan setiap kaum di Malaysia. Jualan murah diadakan setiap kali musim perayaan dan disiarkan dalam akhbar. Hal ini menyebabkan pembaca tertarik untuk mengunjungi tempat jualan murah tersebut. selain itu, adanya gambar-gambar seperti ketupat,mercun,lemang dan sebagainya membuatkan pembaca semakin tidak sabar menunggu ketibaan hari raya.
Radio juga memainkan peranan dalam meningkatkan penghayatan dalam bulan Ramadhan. Radio biasanya akan mengumandangkan azan tanda masuknya waktu berbukapuasa bagi umat islam. Disamping itu juga, sepanjang bulan puasa dan stesen radio juga banyak memutarkan lagu-lagu nasyid dan bacaan al-quran. Penghayatan musim perayaan aidilfitri khususnya makin dirasai apabila radio mula memutarkan lagu-lagu raya terutamanya bila hampir menjelang raya.
Televisyen lebih banyak meningkatkan penghayatan masyarakat pada musim perayaan. Televisyen menyiarkan bermacam-macam iklan,filen pendek,cerita-cerita teladan pada bulan puasa dan hari raya. Cerita-cerita yang disiarkan adalah berkisarkan tentang dugaan dalam menempuh bulan puasa terutamanya bagi golongan kanak-kanak. Cerita-cerita yang disiarkan dapat mempengaruhi pemikiran masyarakat dalam mengenal erti puasa. Selain itu, TV3 juga menyiarkan jejak rasul dan singgah sahur pada setiap kali musim ramadhan. Selain itu, stesen RTM juga memainkan peranan dalam meningkatkan penghayatan puasa seperti bacaan doa berbuka puasa pada setiap kali masukknya waktu berbuka.
Secara keseluruhannya media memainkan peranan dalam setiap perayaan di Malaysia.

No comments:

Post a Comment