Tuesday, October 19, 2010

ETIKA MEDIA

DEFINISI ETIKA










  • Etika ,mengikut definisi asas ialah suatu disiplin bagi menangani apa yang baik dan buruk dan juga antara tanggunjawab moral dan obligasi.(Merriam Webster Dictionary)
  • Perbazaan antara etika dengan perundangan ialah etika adalah sebuah kontrak sosial manakala undang-undang pula adalah kontrak perundangan.
  • Kontrak sosial ialah sebuah kontrak yang mengandungi prinsip-prinsip yang telah dipersetujui untuk di patuhi oleh sesebuah syarikat media ataupun anggota masyarakat.Jika kontrak ini dilanggar maka hukuman yang di berikan ialah seseorang itu mungkin dikeji atau disisihkan dari masyarakat.
  • Manakala kontrak perundangan pula bermakna sebuah kontrak yang mengandungi peraturan undang-undang yang diwartakan oleh kerajaan sesebuah negara untuk dipatuhi oleh kesemua ahli masyarakat.Bezanya dengan kontrak sosial ialah hukuman atau tindakan kepada anggota masyarakat yang melanggari kontrak ini akan di bicarakan di bawah satu sistem perundangan yang tertentu.

ETIKA DAN PERUNDANGAN DALAM INSTITUSI MEDIA

  • Isu-isu yang di bincangkan di atas merupakan kecacatan yang berlaku dalam organisasi media yabg sebenarnya melanggar etika dan perundangan yang mengawasi kegiatan media.
  • Bagaimanapun,perbincangan mengenai soal etika dan perundangan di sini mencakupi bidang dan isu yang lebih luas di dalam dan luar negara.Oleh itu,soal ketidak adilan terhadap wanita dan golongan minoriti hanyalah sebahagian dari faktor mengapa etika dan perundangan diwujudkan dalam professin media.
  • Bagi bidang kewartawanan,perhubungan awam serta periklanan,kita mempunyai kod0kod etika dan amalan serta perundangan tertentu yang berkaitan yang mengawal selia amalan profesion tersebut.
  • Ini bagi memastikan supaya pengamal-pengamal media menjalankan tugas masing-masing secara adil dan saksama kepada audiens tanpa mengira perbezaan bangsa,agama,bahasa, warna kulit serta taraf sosio-ekonomi.

KOD ETIKA KEWARTAWANAN MALAYSIA

Profesion kewartawanan di negara ini dikawal oleh kod etika bagi pengamal profesion ini.Kod etika itu ialah Kod Perilaku Profesional Ahli Kesatuan Wartawan Malaysia (National Union Journalist Malaysia)(NUJM).Ianya digunapakai oleh wartawan akhbar dan penyiaran.

  1. Menghormati kebenaran serta hak publik untuk mengetahui kebenaran merupakan tugas utama wartawan.
  2. Didalam melaksanakan tanggungjawab ini wartawan akan mempertahankan kedua-dua prinsip ini-kebebasan mengumpul dan menerbitkan berita dengan jujur serta hak untuk mengeluarkan ulasan dan kritikan secara adil.
  3. Wartawan akan hanya melaporkan fakta-fakta yang tidak dikatahui asal-usulnya.Wartawan tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat atau memalsukan sebarang dokumen .
  4. Wartawan akan menggunakan kaedah yang adil untuk memperolehi berita,gambar dan dokumen.
  5. Sebarang maklumat yang diterbitkan jika di dapati tidak tepat,maka wartawan harus berusaha untuk memperbetulkannya.
  6. Wartawan akan menghormati rahsia profesional berhubung dengan sumber maklumat
  7. Wartawan akan mengangap perbuatan-perbuatan berikut sebagai kesalahan profesional yang paling besar.
  • Plagiat,mengumpat,fitnah lisan,fitnah bertulis dan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas.
  • Penerimaan sogokan dalam apa bentuk sekalipun sebagai saguhati untuk penerbitan atau menyembunyikan maklumat.

8. Wartawan mengiktiraf hak rakan-rakan sekerja berhubung dengan soal-soalsoal profesionalism dan kewartawanan.Wartawan akan menolak sebarang bentuk campurtangan daripada pihak kerajaan atau pihak-pihak lain.

KOD ETIKA KEWARTAWANAN MALAYSIA(Institusi Akhbar Malaysia)

  • kod etika ini digunapakai oleh wartawan akhbar
  1. Tugas utama wartawan adalah melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapatkan maklumat.
  2. Dalam melaksanakan tugas itu,wartawan menghayati kebebasan mengumpul dan menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat ulasan dan kritikan yang saksama.
  3. Waetawan mestilah menggunakan cara yang wajar untuk mendapat berita,gambar,filem dan dokumen.
  4. Sebarang maklumat tersiar yang didapati tidak benar dan tidak tepat mestilah diperbetulkan.
  5. Wartawan mestilah menghormati kerahsiaan sumber berita.
  6. Wartawan mestilah berbudi peketi ketika menjalankan tugas dan mengelakkan diri daripada plagiarisme,fitnah dan hasutan tuduhan tidak berasas serta rasuah dalam apa bentuk sekalipun.
  • Wartawan hendaklah menghindarkan siaran berita atau rencana yang bersifat perkauman,melampau dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk.

UNDANG-UNDANG BERKAIT DENGAN MEDIA DI MALAYSIA

Perundangan dan etika media massa di Malaysia tertakluk di bawah Perkara 10 Bahagian Dua(Hak Asasi)Perlembagaan Pertubuhan yang menjamin kebebasan bercakap bagi warganegara.

Perkara 10 Tertakluk kepada Fasal (2)(3) dan (4) ialah:

(2)Tiap-tiap warga negara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran.

(3)Semua warga negara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata

(4)Semua warga negara adalah berhak menubuhkan persatuan

AKTA MESIN CETAK 1948(Pindaan 1974)(Pindaan 1984)

Akta ini digubal dan diluluskan pada masa Darurat Pertama negara(1948-1960).Ia memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri mengawal pemilikan mesin cetak dan kegunaan mesin cetak untuk tujuan penerbitan.

Menteri Dalam Negeri mempunyai kuasa untuk memberi atau menolak permohonan untuk mendapatkan lesen pemilikan mesen cetak mahupun lesen penerbitan.

Antara syarat pemberian lesen ialah:

  1. semua modal,saham,aset atau apa-apa kepentingan mengenai mesin cetak atau penerbitan itu hendaklah dimiliki,dipegang dan dikawal oleh warganegara
  2. sesebuah penerbitan (akhbar,majalah dan sebagainya)hendaklah mencetak nama penerbitan atau pencetaknya dalam setiap keluaran penerbitan
  3. pemegang lesen hendaklah memberitahu Kementerian Dalam Negeri mengenai apa-apa perubahan mengenai nama pengarang,pencetak ataupun pemilik syarikat penerbitan.
  4. sebahagian besar daripada bahan yang diterbitkan mestilah berkaitan dengan hal ehwal malaysia.
  5. syarikat penerbitan itu tidak boleh menyiarkan apa-apa bahan yang boleh mengancam ketenteraman awam,keselamatan negara dan akhlak.

seksyen 8A-mencetak segala laporan yang tidak benar atau yang berniat buruk sebagai satu kesalahan.

Di bawah peruntukan baru akta ini,yang mencetak,menerbit secara editor penerbitan tersebut dan wartawan yang menulis laporan itu boleh dikawal dan jika di dapati bersalah,boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun atau didenda tidak lebih RM20,000 atu kedua-dua sekali.

No comments:

Post a Comment