Wednesday, October 20, 2010

ETIKA DALAM PENULISAN

Di Malaysia,setiap orang yang terlibat dalam penulisan sama ada secara bercetak atau secara maya perlu menyedari tentang beberapa perkara yang perlu mereka patuhi.Perkara yang sangat perlu dipatuhi setiap orang apabila menulis adalah:

  1. Etika penulisan
  2. Akta dan undang-undang negara
  3. Kepelbagaian bangsa,agama dan kepercayaan di Malaysia
  4. Beberapa perkara sensitif yang tidak boleh di sentuhdan dibincangkan secara terbuka

pematuhan terhadap perkara-perkara di atas sangat penting terutama di negara Malaysia yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum,berbagai-bagai kepercayaan dan amalan hidup.

Etika dalam penulisan akan wujudkan moral kepada setiap orang yang melibatkan diri dalam dunia menulis,tanpa mengira jenis penulisan yang diceburi.sama ada anda terlibat sebagai seorang penulis karya kreatif yang menghasilkan novel ,puisi atau cerpen,menulis travelog,buku-buku popular,rencana atau penulisan serius ,ataupun menulis secara mayadi blog ,laman web,facebook,twitter dan sebagainya,anda masih lagi terikat dengan etika apabila menulis.Etika yang anda pegang akan menyerlahkan siapa anda berdasarkan hasil tulisan dipaparkan.

Di Malaysia Etika Kewartawanan Malaysia dihuna pakai.Etika ini mementingkan tentang kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapat maklumat yang benar.Tulisan perlu jujur,menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita tersebut dan mengelakkan tulisan berbentuk perkauman,bercorak fitnah dan bias serta melampau dengan susila masyarakat majmuk.Setiap maklumat yang ditulis perlu sahih faktanya,benar dan tidak berunsur hasutan atau fitnah.Maklumat yang tidak betul perlu diperbetulkan semula.

Setiap orang yang terlibat dengan dunia menulis,perlu mengetahui dan mahir tentang undang-undang berkait,perlu memahaminya dan berusaha untuk tidak melanggarnya .Tulisan juga perlu bermoral dengan mengelakkan tulisan berbentuk menghasut,menfitnah,menerima rasuah,melakukan aktiviti plagiat dan sebagainya.Penulis juga perlu mematuhi kod perilaku profesional oleh kesatuan kebangsaan wartawan malaysia walaupun tidak semua penulis itu adalah wartawan.

ETIKA DAN PENGAMAL MEDIA

Dalam sistem demokrasi,peranan media seperti akhbar,buku,radio dan televisyen amat penting bagi menyebarkan maklumat yang tepat dan dipercayai.peranan media merupakan nadi kepada proses demokrasi.media mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat.media akan membangkitkan pelbagai isu terutamanya yang melibatkan isu-isu seperti keganasan,perlakuan seksual,masalah sosial,konflik perkauman dan sebagainya untuk menarik perhatian pembaca.

sekalipun tidak ada etika mutlak tentang penulisan di malaysia,namun etika kewartawanan malaysia boleh digunapakai sebagai panduan kepada golongan penulis.Etika ini mementingkan tentang kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapat maklumat sebenar.penulis atau wartawan berperanan membari sumbangan kepada proses membina negara,menyedari kewajipan untuk memberi sepenuhnya sumbangan dalam memupuk keharmonian antara kaum dan perpaduan nasional.

penulis juga perlu memastikan kejujuran dalam penulisan ,menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita dan mengelakkan tulisan berbentuk perkauman,bercorak fitnah dan bias serta melampau dengan tatasusila masyarakat majmuk dimalaysia plural.

No comments:

Post a Comment