Wednesday, October 20, 2010

SEBAB BERLAKU PELANGGARAN ETIKA

  • keinginan menjadi penulis dengan cepat
  • penyalahgunaan teknologi
  • penguatkuasaan undang-undang yang longgar
  • tidak faham apa yang dikatakan pelaggaran etika
  • faktor bahasa
  • penggunaan status dan pengaruh

KESAN PELANGGARAN ETIKA DALAM PENULISAN

Etika diwujudkan untuk mewujudkan suasana aman,makmur dan saling menghormati antara satu sama lain.Pelanggaran terhadap etika dalam bidang penulisan akan meninggalkan kesan,antaranya;

  1. merugikan pihak penerbit dan penulis kerana hasil karya mereka telah diplagiat oleh orang lain.
  2. membari kesan buruk terhadap ekonomi negara kerana pendapatan melalui cukai tidak boleh dikutip dari penerbit dan penulis.
  3. maklumat yang disiarkan tidak benar dan tidak tepat.
  4. penggunaan pelbagai cara yang tidak wajar untuk mendapat maklumat ,gambar dan filem serta dokumen.budaya paparazzi di barat yang mendapat berita dengan cara tidak wajar tidak sepatutnya menjadi ikutan.
  5. munculnya berita yang bersifat perkauman,melampau dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk di malaysia.
  6. munculnya karya-karya yang bermutu rendah.
  7. memberi imej buruk kepada negara kerana terlalu banyak berlaku pelanggaran dalam etika penulisan.
  8. apabila seseorang itu melakukan plagiat ,minda dan krewativiti mereka tidak dapat berkembang dengan baik dan cemerlang.

KESIMPULAN

setiap penulis perlu patuh kepada etika semasa menulis bagi mengelakkan berlaku suasana yang tidak aman,kucar kacir dan tidak aman dalam masyarakat diakibatkan hasil tulisan yang tidak beretika.walaupun tidak ada etika yang dikhususkan kepada penulis apabila mereka berkarya dan menulis,namun perlu diakui bahawa ini tidak bermakna penulis dibolehkan untuk menulis secara tidak beretika .selain etika,penulis juga perlu mematuhi pelbagai perkara lain lagi termasuk undang-undang,peraturan,norma dan nilai dalam masyarakat yang akan dibincangkan dalam tulisan lain.

RUJUKAN

  1. Cline,carolyn Garrett & Elizabeth j.Toth.(1993). "Revisioning Women in Public Relations:Practitioner and Feminist Perspectivies" dalam Women in mass communication. Pamela j. creedon.Newbury Park:sage Publications.
  2. croteau,David & william Hoynes.(2000).Media Society.USA:Pine Forge Press.
  3. Gamarnikow,E(eds)(1983).Gender,class and work. England:Gower Publishing House.

No comments:

Post a Comment