Tuesday, October 19, 2010

AKTA KAWALAN KEMASUKAN BAHAN-BAHAN BERCETAK 1958(Pindaan 1972)

Akta ini melarang sebarang percetakan,penerbitan,jualan,edaran dan pemilikan apa-apa dokumen atau penerbitan yang pada pandangannya mengandungi bahan yang mengancam keselamatan negara,ketenteraman awam mahupun yang menggalakkan keganasan,pemberontakan terhadap undang-undang dan peraturan undang-undang ataupun yang menggalakkan pergaduhan kaum.








  • mereka yang didapati bersalah boleh ditahan selama 6o hari tanpa bicara di mahkamah.
  • selama 60 hari,barulah kes tersebut akan dibentangkan di hadapan satu lembaga khas untuk diputuskan.
  • jika didapati bersalah maka individu atau kumpulan boleh ditahan semula selama 2 tahun.

AKTA HASUTAN 1948(Pindaan 1971)

Akta ini melarang seseorang dari mengucap atau menerbitkan kata-kata yang boleh:

  • menghina ataupun menyebabkan rasa benci atau menggalakkan rasa tidak puas hati terhadap mana-mana raja ataupun terhadap kerajaan Malaysia atau mana-mana kerajaan negeri.
  • mendorong orang daripada cuba meminda dan mengubah undang-undang kecuali menurut proses undang-undang.
  • menyebabkan penghinaan atau rasa benci atau menggalakkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran keadilan
  • menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan Yang di-Pertua Agong atau rakyat mana-mana raja negeri di Malaysia.
  • menggalakkan rasa benci dan permusuhan antara kaum.
  • mempersoalkan apa-apa hak atau keistimewaan yang dilindungi oleh Bahagian Tiga Perlembagaan Persekutuan(kerakyatan)atau Perkara 152(bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan),perkara 153(hak dan keistimewaan orang melayu dan bumiputeta dan hak kaum lain)dan perkara 181(kedaulatan dan keistimewaan raja)

AKTA RAHSIA RASMI 1972(Official Secret Act)(OSA)

Akta ini melarang mana-mana individu atau kumpulan daripada mengutip,mengumpul ,merakam, menerbit atau memberi apa-apa maklumat rahsia yan g rasmi,artikel,dokumen yang bertujuan untuk digunakan ataupun yang mungkin dipergunakan oleh musuh negara.

contoh:kes Kerajaan Malaysia lawan Lim Kit Siang(1978)yang mana mahkamah mendapati Kit Siang bersalah kerana membocorkan rahsia negara.

ORDINAN FITNAH 1957

Ordinan ini melarang semua warganegara Malaysia dari memfitnah satu sama lain.Fitnah ditakrifkan sebagai satu pengucapan ataupun penerbitan yang menyebabkan seseorang itu dibenci,dikeji ataupun dihina,ataupun boleh menyebabkan beliau dipulaukan,ataupun menjatuhkan maruahnya di kalangan ahli masyarakat yang berfikiran waras dan yang membawa ataupun mungkin membawa kesan buruk ke atas pekerjaan atau perniagaannya.

Ini membabitkan semua media massa termasuk bidang penyiaran.

AKTA PENYIARAN 1988

Akta ini diwujudkan apabila kerajaan membenarkan stesen penyiaran swasta iaitu sistem Televisyen Malaysia Berhad(STMB)TV3 diwujudkan.Akta tersebut adalah untuk menentukan apakah kandungan siaran penyiaran swasta yang sepatutnya disiarkan.

Di bawah akta ini,tidak ada sesiapapun yang boleh membuat siaran sebarang bahan tanpa permit dan lesen.

Garis panduan penyiaran

Bahan-bahan siaran yang digalakkan ialah:

  1. menyokong wawasan kerajaan
  2. menghormati sensitiviti rakyat
  3. memaparkan keindahan dan kemajuan negara
  4. mengutamakan objektiviti,kreativiti dan pemaparan fakta
  5. menggambarkan masyarakat berbilang kaum
  • Bahan-bahan siaran yang tidak boleh disiarkan.
  • Menonjolkan ideologi yang bertentangan ideologi negara.
  • Bahan siaran dari negara-negara komunis atau dari mana-mana negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia melainkan dengan kebenaran.
  • Menjejaskan imej Malaysia dan memperkeci-kecilkan negara yang ada hubungan dengannya.
  • mengeksploitasi isu perkauman
  • menyiarkan unsur-unsur bertentangan dengan agama
  • memberi ransangan kepada budaya "counter culture"
  • mengagung-agungkan kejahatan dalam segala bahan penyiaran

KOD TINGKAHLAKU INSTITUT PERHUBUNGAN RAYA MALAYSIA(IPRM)

Matlamat kod ini ialah untuk menggalak dan mengasuh kepiawaian profesional tinggi oleh ahli-ahlinya.

  • Ahli IPRM mesti mengendalikan kegiatan profesionalnya dengan menghormati kepentingan awam.(seorang PRO hendaklah mengutamakan kepentingan awam dari kepentingan diri)
  • perhubungan awam mesti bertindak secara jujur dan adil
  • pengamal PR hendaklah memastikan setiap maklumat yang dikeluarkan adalah benar
  • fasal keempat kod etika itu ialah IPRM tidak boleh mempengaruhi media massa dalam penyebaran berita
  • pengamal PR mesti mempunyai pengetahuan tentang organisasi yang diwakilinya

KOD AMALAN PERIKLANAN MALAYSIA

Amalan periklanan di Malaysia dikawal oleh Lembaga Kepiawaian Periklanan atau Advertising Standard Authority(ASA) yang ditubuhkan pada tahun 1978 untuk menetapkan peraturan tertentu bagi agensi-agensi periklanan.

KOD PERIKLANAN TELEVISYEN DAN RADIO

Ianya diperkenalkan pada tahun 1972 oleh Kementerian Penerangan dan diperkemaskan pada tahun 1990.

  1. iklan haruslah mematuhi undang-undang,sopan,jujur,wajar,benar dan selaras dengan dasar-dasar negara
  2. iklan haruslah membantu memajukan dan membangunkan industri dan perkhidmatan tempatan
  3. iklan haruslah menganjurkan budaya dan identiti Malaysia,mencerminkan penduduk yang berbilang kaum serta menyokong falsafah Rukunegara
  4. iklan haruslah menganjurkan mutu kehidupan yang lebih baik bagi setiap rakyat Malaysia,menanam semangat sivik dan perilaku yang positif
  5. iklan haruslah tidak menganjurkan dan memajukan gaya hidup yang keterlaluan
  6. peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam kod ini haruslah dipatuhi secara tersurat dan tersirat bagi menentukan standard minimum yang perlu diamalkan

jika kita teliti kod-kod etika pada profesi kewartawanan dengan perhubungan awam,jelas menunjukkan bahawa terdapat percanggahan di situ.

Bagi wartawan,adalah menjadi satu kesalahan untuk mereka merima segala bentuk hadiah ketika membuat liputan.Ini dianggap sebagai "sogokan" atau saguhati supaya wartawan memberi publisiti yang meluas dan positif terhadap seseorang individu atau syarikat.

Bagaimanapun,bagi pengamal perhubungan awam,ia dianggap sebagai satu amalan biasa.Jika seorang PRO tidak menyediakan apa-apa cendera hati atau merangka sebarang aktiviti kembara yang membabitkan pihak media seperti penerbangan percuma media oleh MAS,menganjurkan majlis malam mesra media-massa dengan organisasi ,ia dianggap sebagai PRO yang tidak cekap

No comments:

Post a Comment